CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1896|Reply: 0

[Pulau Pinang] Harga ayam kekal di Pulau Pinang, peniaga ambil sikap tunggu dan lihat

[Copy link]
Post time 1-11-2023 01:43 PM | Show all posts |Read mode

Peniaga menjual ayam segar pada harga RM9.40 sekilogram ketika tinjauan di Pasar Bayan Baru di sini, pada hari pertama susulan kerajaan menamatkan sepenuhnya pemberian subsidi dan harga kawalan bagi ayam. FOTO DANIAL SAAD

Georgetown: Rata-rata peniaga mengekalkan harga ayam pada hari pertama penamatan subsidi dan kawalan harga yang berkuat kuasa hari ini.

Peniaga di Kompleks Pasar Awam Bayan Baru, Mohd Fauzi Aris, 56, berkata harga runcit ayam standard dijual kekal RM9.40 sekilogram sejak seminggu lalu namun pihaknya belum mendapat kepastian sama ada harga itu dapat dikekalkan pada masa akan datang.

"Ramai pelanggan tanya harga ayam akan naik atau tidak. Tapi kami sendiri tidak pasti dan memang ramai yang beli ayam lebih daripada seekor semalam berbanding hari ini. Jadi saya lihat ada sedikit pembelian panik semalam.

"Bagi kami peniaga , kalau harga kekal begini lebih baik selain ketika ini kami masih mengekalkan caj perkhidmatan 30 sen. Sebenarnya, harga ayam ini pemborong yang tetapkan kami tak akan dapat tahu lebih awal.

"Maknanya untuk harga esok, esok baru tahu. Namun jualan ayam kami tidak terjejas disebabkan perkara ini kerana kebanyakan pelanggan kami adalah pembeli tetap dalam kalangan pengusaha kedai makan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tinjauan di Pasar Balik Pulau, Pasar Chowrasta, Pasar Jalan Patani, Pasar Farlim dan Pasar Padang Tembak di sini mendapati ayam standard turut dijual pada harga RM9.40 manakala harga di Pasar Pulau Tikus RM8.50 sekilogram dengan harga berkenaan tidak berubah berbanding semalam.

Bagi peniaga nasi campur Abd Rahim Mohd Ali, 60 dan isterinya Lailawati Tardarbaba, 55,mereka akan mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan menaikkan harga makanan dengan harga ayam goreng berempah yang dijual di gerainya ketika ini serendah RM5 hingga RM8.

"Harga ikut saiz kalau ayam potong empat kami jual RM8 seketul selain itu gerai kami menjual Menu Rahmah iaitu nasi dalca terung berlauk ayam yang dijual pada harga RM5," katanya yang berniaga lebih 13 tahun.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ap-tunggu-dan-lihat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.222126 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list