CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1922|Reply: 0

Fifa umum Arab Saudi calon tunggal menganjurkan Piala Dunia 2034

[Copy link]
Post time 1-11-2023 11:41 AM | Show all posts |Read mode

ARAB Saudi selangkah untuk diumumkan sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034. FOTO Agensi

Lausanne, Switzerland: Arab Saudi satu-satunya negara yang membina hak penganjuran Piala Dunia 2034 selepas Fifa mengumumkan pekara itu awal pagi tadi.

Keputusan negara mana yang bakal dipilih akan diputuskan akhir tahun depan, dengan syarat semua kriteria teknikal dipenuhi.

Arab Saudi yang sudah melabur banyak dalam bola sepak, Formula Satu dan golf bersedia untuk menganjurkan Piala Dunia selepas tiga benua yang akan berkongsi penganjuran pada 2030 iaitu Sepanyol, Portugal, Maghribi dan di Amerika Selatan.

Bidaan Arab Saudi itu dibuat setahun selepas negara jiran Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia pertama di Timur Tengah, di mana pasukan kebangsaan Arab Saudi mengejutkan dunia apabila menumbangkan Argentina di peringkat kumpulan sebelum Lionel Messi dan rakan sepasukannya muncul juara Piala Dunia.

Selepas bidaan penuh untuk 2030 dan 2034 diserahkan kepada Fifa, penilaian akan dilakukan sebelum undian dibuat pada mesyuarat kongres Fifa hujung tahun depan.

Sekiranya tiada pesaing lain yang membida, Arab Saudi dilihat berpeluang cerah untuk diumumkan sebagai tuan rumah di mana 2034 sememangnya giliran benua Asia untuk menganjurkannya.

Arab Saudi pada mulanya berminat untuk membida Piala Dunia 2030 bersama Mesir dan Greece namun cadangan itu terpaksa dilupakan selepas Fifa memberi keutamaan kepada idea penganjuran babitkan tiga benua yang bakal memasuki tahun ke-100 saingan itu.

Hasil daripada penggiliran benua itu, Fifa hanya membuka tawaran kepada anggota konfederasi Asia dan Oceania untuk memohon penganjuran 2034 nanti.

Australia yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk membida, akhirnya secara rasmi menarik diri dan meninggalkan Arab Saudi sebagai calon tunggal dari Asia.

"Kami membatalkan hasrat membida hak penganjuran tuan rumah Piala Dunia Fifa 2034 selepas mengambil kira semua faktor dan kami telah mencapai kesimpulan untuk tidak berbuat demikian," kata Persatuan Bolasepak Australia dalam satu kenyataan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-piala-dunia-2034
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.049347 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list