CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 867|Reply: 0

[Kedah] Sikap pemandu punca utama nahas jalan raya - JPJ

[Copy link]
Post time 31-10-2023 12:24 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan (tengah) pada Op Khas Kenderaan Komersial di Plaza Tol Jitra, malam tadi. - NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI

JITRA: Sebanyak 90 peratus kemalangan jalan raya di negara ini disebabkan sikap pemandu sendiri.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan, berkata sikap acuh tak acuh pemandu ketika berada di jalan raya menjadi punca banyak kemalangan.

"Sedangkan sebelum dapat lesen, mereka sudah jalani kursus khas untuk mematuhi peraturan jalan raya. Disebabkan itu, tindakan undang-undang terpaksa diambil dari semasa ke semasa," katanya pada sidang media Op Khas Kenderaan Komersial di Plaza Tol Jitra, di sini malam tadi.

Operasi turut disertai agensi lain seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Imigresen.



Sementara itu, beliau memaklumkan, Op Patuh Khas 2023 telah memeriksa dan mengaudit pematuhan 321,263 kenderaan, termasuk 64,880 kenderaan komersial di bawah tiga akta.

Akta terbabit, katanya, adalah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya.

Menurutnya, hasil gerakan itu dalam tempoh 1 hingga 30 Oktober lalu, sebanyak 73,296 notis dikeluarkan kepada syarikat, pemilik dan pemandu kenderaan komersial atas pelbagai kesalahan gagal mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan.

Daripada 73,296 notis itu, 4,515 bagi kesalahan lebih muatan, kesalahan teknikal (19,905), tiada lesen memandu (11,813), tiada lesen vokasional (6,085), cukai jalan tamat tempoh (9,947), tiada insurans (6,626) dan tujuh kesalahan utama lalu lintas (5,762).

Tujuh kesalahan utama membabitkan memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju, guna telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.

"JPJ juga turut menyita 705 kenderaan, termasuk 16 bagi kesalahan lebih muatan yang ekstrem. JPJ mendapati trend kesedaran dan pematuhan kepada peraturan, terutama oleh pemandu kenderaan komersial, masih rendah," katanya.

Beliau menggesa syarikat, pemilik dan pemandu kenderaan komersial sentiasa mematuhi peraturan dan meningkatkan kawal selia keselamatan operasi kenderaan itu bagi mengelak dikenakan tindakan, selain memastikan ekosistem jalan raya sentiasa selamat kepada pengguna lain.

"JPJ akan terus mempergiatkan usaha untuk melandai statistik kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya. Ini termasuk kerjasama strategik melalui Op Patuh Bersepadu JPJ bersama JSPT dan agensi penguatkuasaan lain. Operasi akan diteruskan mulai November ini," katanya.

Lokman juga meminta orang ramai sentiasa bekerjasama mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya serta bertoleransi bersama pengguna jalan raya lain demi keselamatan diri dan keluarga ketika di jalan raya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ahas-jalan-raya-jpj

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.454190 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list