CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1385|Reply: 0

Kaum melampaui batas pastinya menerima azab!

[Copy link]
Post time 31-10-2023 07:45 AM | Show all posts |Read mode
Kaum melampaui batas pastinya menerima azab!



LAUT Mati di Jordan mengingatkan kepada sejarah kaum Nabi Lut yang diazab Allah kerana mengamakan hubungan seks sejenis.



Manusia sememangnya tertakluk dengan peraturan yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT khususnya untuk umat Islam. Halal dan haram, hak serta batil kerana ia akan menjadi satu garis yang memisahkan antara orang-orang yang beriman serta orang-orang yang 'curang' terhadap perintah Allah SWT.

Ini juga termasuk dalam kalangan umat terdahulu yang melampaui batas, pastinya azab Allah SWT yang sudah menimpa mereka perlu dijadikan garis panduan untuk kita, sebagai umat akhir zaman untuk tidak tergolong dalam kalangan mereka yang diazab, Nauzubillah.

Hal ini turut diceritakan dalam surah al-Fajr perihal kaum terdahulu yang melampaui batas sehingga mendatangkan kemurkaan Allah, lalu Allah menurunkan azab.

Surah al-Fajr ayat 1 hingga 11 bermaksud: "Demi waktu fajar. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah). Dan bilangan yang genap serta ganjil. Dan malam, apabila ia berlalu. Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna? (Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu melakukan kepada kaum Aad (yang kufur derhaka). Iaitu penduduk 'Iram' yang mempunyai bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya). Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)? Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil Qura iaitu tempat tinggalnya)? Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan besar kukuh? (Semuanya itu ialah) orang-orang yang bermaharajalela di negeri (masing-masing)."

Menekuni ayat ini, yakinlah kita bahawa jika ada pihak yang melampaui batas, mereka tetap akan menerima azab serta balasan daripada Allah SWT sama ada di dunia dan akhirat.

Ini juga yang perlu kita imani serta yakin jika menyentuh soal sikap melampau rejim Zionis terhadap saudara kita di Gaza, membedil tidak mengira tempat dan sasaran, kanak-kanak menjadi bilangan mangsa korban terbesar.

Sifat melampau ini banyak direkodkan di dalam al-Quran tentang kaum terdahulu yang melakukan kerosakan di atas muka bumi ini secara sewenang-wenang tanpa peraturan.

Allah SWT juga menerangkan dalam surah Nuh, ayat 10-12 yang bermaksud: "Maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, (sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, Dan ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai."

Kaum Nabi Saleh

Allah SWT berfirman dalam surah Asy-Syu'ara ayat 153-156: "Mereka berkata: 'Sesungguhnya kamu adalah salah seorang daripada orang-orang yang kena sihir. Kamu tidak lain melainkan seorang manusia seperti kami; maka datangkanlah sesuatu mukjizat, jika kamu memang termasuk orang yang benar.' Saleh menjawab: 'Ini seekor unta betina, dia mempunyai giliran untuk mendapatkan air dan kamu mempunyai giliran pula untuk mendapatkan air di hari yang tertentu. Dan janganlah kamu sentuh unta betina itu dengan sesuatu kejahatan yang menyebabkan kamu akan ditimpa oleh azab hari yang besar.' Kisah kedegilan umat Nabi Saleh AS digambarkan dengan jelas di situ. Sesuatu yang biasa bagi umat yang terdahulu menuduh nabi mereka sebagai ahli sihir ataupun gila.

Mereka juga menganggap baginda itu adalah manusia biasa yang tiada kelebihan.

Kaum Nabi Lut

Umat Nabi Lut terkenal dengan perbuatan menyimpang iaitu hanya menginginkan pasangan sejenis. Walaupun diberikan peringatan, mereka tetap tidak mahu kembali ke pangkal jalan. Allah akhirnya menurunkan azab berupa gempa bumi yang dahsyat serta angin kencang dan hujan batu sehingga hancur. Akhirnya mereka tertimbus di bawah runtuhan rumah mereka sendiri seperti mana yang tercatat dalam surah Al-syu'araa: 160, surah Annaml: 54, surah Al-hijr: 67, surah Al-furqan: 38, dan surah Qaf: 12.

Kaum Nabi Syuaib

Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dalam perniagaan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual mereka akan mengurangkan sukatan dan timbangan. Allah pun mengazab mereka dengan udara panas yang melampau. Akhirnya, mereka dibinasakan Allah SWT seperti yang tercatat dalam Surah At-taubah: 70, Surah Al-hijr: 78, Surah Taha: 40, dan Surah Al-hajj: 44.

Ashab Al-Sabt

Mereka adalah golongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Palestin. Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lain. Mereka meminta rasul mereka untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dilaknat menjadi kera yang hina. (Surah Al-A'raaf: 163)

Ashab Al-Rass

Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Kononnya, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan. Mereka mensyirikkan Allah SWT dengan menyembah patung berhala. Ada pula yang menyebutkan mereka mencampakkan utusan Allah yang dihantar kepada mereka ke dalam telaga sehingga mereka dibinasakan oleh Allah. Kisah ini tercatat dalam surah Al-Furqan ayat 38 dan surah Qaf ayat 12.

Ashab Al-Ukhdud

Ashab Al-Ukhdud adalah satu kaum yang menggali parit dan menolak keimanan kepada Allah, termasuk rajanya. Namun golongan yang beriman pula, mereka dicampakkan dalam parit yang dibakar panas termasuk seorang wanita yang sedang mendukung bayinya. Mereka dikutuk oleh Allah SWT dengan sekeras-kerasnya seperti dalam surah Al-Buruj ayat 4-9.

Penulis wartawan Harian Metro

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... tinya-menerima-azab

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.209935 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list