View: 930|Reply: 0
|
Saya dah okay - Bas Dost
[Copy link]
|
|
Saya dah okay - Bas Dost
Bas Dost yang rebah ketika menentang AZ Alkmaar maklumkan berada dalam keadaan sihat. -FOTO Reuters
Alkmaar: Penyerang NEC Nijmegen, Bas Dost yang rebah pada perlawanan Liga Eredivisie Belanda menentang AZ Alkmaar semalam, meredakan kerisauan penyokongnya apabila mengesahkan dia kini berada dalam keadaan sihat.
Bekas pemain antarabangsa Belanda berusia 34 tahun itu, yang kembali sedarkan diri kemudiannya dibawa keluar padang, berkata di media sosial NEC bahawa dia dalam keadaan baik.
"Saya okay, rawatan yang saya terima di padang memang menakjubkan, sekarang saya di hospital dan bertambah baik, terima kasih di atas semua sokongan," menurut Dos menerusi twitter.
Pada perlawanan yang berlangsung di Afas Stadion, Dost yang menjaringkan satu gol ketika NEC mendahului 2-1, rebah pada minit akhir separuh masa pertama dan perlawanan terpaksa dihentikan.
Kedua-dua pemain pantas membentuk hadangan ketika Dost diberi rawatan di atas padang sebelum dia dikejarkan ke hospital.
Dost berusia 34 tahun adalah bekas pemain kebangsaan Belanda dan muncul penjaring terbanyak liga Eridivisie pada 2012 dan pernah menyarung jersi VfL Wolfsburg dan Club Brugge dan bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-dah-okay-bas-dost
|
|
|
|
|
|
|
| |
|