CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2140|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lapor SPRM jika ada kecurangan baik-pulih tandas sekolah

[Copy link]
Post time 28-10-2023 05:09 PM | Show all posts |Read mode

Sekolah perlu mempunyai tandas yang selesa. - Foto hiasan BH

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) meminta pihak yang meragui ketelusan pelantikan kontraktor baik-pulih tandas sekolah melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata kementerian itu memantau kontrakor kerja baik-pulih tandas sekolah dan beliau menerima maklum-balas positif ketika ini.

Katanya, kerja penyelenggaraan dianggarkan siap kira-kira 80 peratus dan akan diperluas di semua sekolah mengikut fasa yang ditetapkan.

"Kita buat pemantauan dan jika ada sebarang kecurangan, minta dilaporkan kepada SPRM supaya kecurangan ini dapat kita tangani.



"(Proses baik pulih tandas) ikut progres sangat baik dan kita akan perluaskan penyelenggaraan ini ke SBK (Sekolah Bantuan Kerajaan).

"Selepas ini, kita akan buat secara fasa dan mengambil kira isu-isu yang berlaku sebab kita buat serentak," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kementerian itu sebelum ini mengagihkan peruntukan RM70,000 kepada setiap sekolah bagi projek penyelenggaraan tandas.

Dalam hantaran oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman di laman sosial Facebook (FB), beliau kecewa dengan projek baik-pulih tandas di sebuah sekolah dalam kawasannya.

"Saya faham nilai RM70,000 bukan nilai yang besar, namun ia juga bukan nilai yang terlalu sedikit. Apakah kontraktor ini mengambil kesempatan dengan tidak membuat kerja sebaik mungkin?" katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ulih-tandas-sekolah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.334426 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list