CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1810|Reply: 0

[Selangor] Selangor catat kes keganasan rumah tangga tertinggi bagi tempoh 2020 hingga Ogos 2023

[Copy link]
Post time 28-10-2023 03:31 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Putrajaya: Selangor mencatatkan kes keganasan rumah tangga tertinggi, iaitu 4,690 kes berbanding negeri lain di seluruh negara bagi tempoh 2020 hingga Ogos 2023, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Aiman Athirah Sabu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini selepas pelancaran Program Semarak Skuad WAJA 2023 Peringkat Negeri Selangor, Aiman Athirah berkata, jumlah itu adalah berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan di seluruh negara ialah 22,908 kes.

"Terdapat peningkatan kes yang tinggi pada 2021 iaitu 7,468 kes, berbanding 2020 yang mencatatkan 5,260 kes.

"Bagi 2022, jumlah kes keganasan rumah tangga masih tinggi, walaupun menunjukkan sedikit penurunan kepada 6,540 kes," katanya yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Beliau berkata bagi menangani perkara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menubuhkan Skuad WAJA pada 2021, yang sehingga kini telah merekodkan penyertaan 328,558 ahli, yang terdiri daripada 253,973 ahli wanita dan 74,585 ahli lelaki.

"Skuad WAJA bertindak sebagai ejen perubahan bagi menangani keganasan terhadap wanita dalam komuniti serta membantu membina sebuah masyarakat yang saling membantu serta menyemai keharmonian," katanya sambil menambah ahli Skuad WAJA di Selangor ialah 26,910 orang.

Menurut beliau, 1,012 program psikososial Skuad WAJA telah dijalankan dalam komuniti di seluruh negara, dengan 72,942 orang telah disantuni.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 104 program psikososial telah dijalankan melibatkan 12,506 orang yang disantuni di Selangor," katanya.

Aiman Athirah berkata, pelaksanaan program Skuad WAJA telah mewujudkan sinergi yang baik antara kerajaan dan komuniti dalam menangani keganasan terhadap golongan wanita.

Beliau berharap Program Semarak Skuad Waja 2023 Peringkat Negeri Selangor dapat memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya di Selangor, terutama dalam kalangan ketua komuniti, dengan memberikan kesedaran serta perlindungan kepada golongan wanita daripada segala bentuk keganasan dan diskriminasi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tempoh-2020-hingga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.041064 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list