CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 674|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hati-hati ambil suntikan vaksin typhoid haram!

[Copy link]
Post time 25-10-2023 02:59 PM | Show all posts |Read mode

VAKSIN Typhoid haram yang dirampas Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (CPFJKNS) susulan maklumat diterima.

Kuala Lumpur: Waspada sekiranya ditawarkan suntikan vaksin typhoid haram yang diseludup masuk ke negara ini bagi mencegah penyakit demam kepialu.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Indera Dr Sha'ari Ngadiman berkata, Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (CPFJKNS) sebelum ini menerima aduan orang ramai berkenaan perkhidmatan suntikan vaksin typhoid ditawarkan oleh klinik perubatan swasta.

Menurutnya, bagaimanapun vaksin typhoid digunakan itu tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia (PBKD KKM).

"Suntikan typhoid adalah sejenis suntikan vaksin yang digunakan untuk mencegah penyakit typhoid (demam kepialu). Suntikan ini bertujuan untuk merangsang sistem imunisasi badan bagi menghasilkan antibodi melawan jangkitan bakteria Salmonella typhi.

"Keluaran vaksin yang tidak berdaftar dengan PBKD KKM tidak terjamin dari segi keberkesanan, keselamatan dan kualitinya.

"Sehubungan itu, CPFJKNS bertindak menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap lima klinik perubatan swasta di Selangor sebelum merampas vaksin typhoid tidak berdaftar dianggarkan bernilai lebih RM12,000 pada 18 Oktober lalu," katanya tadi.

Menurutnya, bagi tempoh tahun 2021 hingga 2023, CPF JKNS merampas vaksin typhoid tidak berdaftar yang bernilai melebihi RM 56,000.

"Kesemua kes berkenaan disiasat mengikut Akta Jualan Dadah 1952 . Individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Jualan Dadah 1952 iaitu denda sehingga RM 25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun.

"Manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan yang sama boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 di bawah Akta yang sama.

"Pihak JKNS menasihatkan orang ramai untuk membeli dan menggunakan ubat-ubatan dan produk kesihatan yang berdaftar dengan PBKD KKM bagi memastikan kesejahteraan dan kesihatan orang awam terjamin," katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga digalakkan untuk mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan ubat-ubatan dan produk meragukan sebagai usaha bersama pihak kementerian bagi membanteras penjualan ubat-ubatan dan produk kesihatan yang tidak dibenarkan.

Aduan dan maklumat boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my atau melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my ATAU mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan atau melalui talian 03-78413200 supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aksin-typhoid-haram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.040970 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list