View: 968|Reply: 0
|
Bellingham terus menyinar
[Copy link]
|
|
PEMAIN Real Madrid meraikan kemenangan di Stadium Municipal, Braga. FOTO AFP
Braga, Portugal: Jude Bellingham menjaringkan gol ketiganya dalam kempen Liga Juara-Juara untuk Real Madrid ketika gergasi Sepanyol itu menang 2-1 di Braga awal pagi tadi.
Rodrygo meletakkan Real di depan dan bintang England, Bellingham menjadikan kedudukan 2-0 selepas sejam perlawanan ketika skuad Carlo Ancelotti terus bertahan susulan Alvaro Djalo merapatkan jurang untuk Braga.
"Keseluruhannya, saya fikir kami mempamerkan prestasi yang bagus," kata Ancelotti.
"Cuma saya kecewa sedikit mereka mendapatka gol kerana kami kuasai sepenuhnya dan kemenangan dalam tangan."
Keputusan itu membolehkan Madrid mencerahkan peluang mara ke pusingan seterusnya dengan sembilan mata daripada tiga perlawanan Kumpulan C, tiga mata di depan Napoli yang menewaskan Union Berlin 1-0 di Jerman.
Gol pertama Madrid diperoleh minit ke-16 selepas hantaran Vinicius ditolak masuk Rodrygo dan dia hampir menambahkan jaringan ketika permainan berbaki 10 minit sebelum rehat namun dibatalkan pengadil selepas Vinicius dalam kedudukan ofsaid.
Bellingham kemudiannya menjadikan kedudukan 2-0 minit ke-61 selepas meledak rembatan rendah ke penjuru gawanag Braga.
Jaringan itu yang ke-11 untuknya dalam semua kejohanan sejak berpindah dari Borussia Dortmund sebelum bermula musim ini.
Skuad tuan rumah mendapatkan gol dua minit kemudian hasil rembatan dalam kotak penalti Djalo yang gagal ditepis penjaga gol Kepa Arrizabalaga.
Kelab Sepanyol itu boleh mengesahkan tempat ke peringkat 16 ketika menerima kunjungan Braga pada 8 November.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gham-terus-menyinar |
|
|
|
|
|
|
| |
|