CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2209|Reply: 0

Penyu idam bermain di Bukit Jalil

[Copy link]
Post time 23-10-2023 05:20 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN-Pemain Terengganu turut menyatakan sokongan kepada Palestin selepas mengibarkan bendera negara itu selepas berakhir perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK




PETALING JAYA: Terengganu FC (TFC) sudah terbayang suasana beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi aksi final Piala Malaysia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Disember depan.

Misi itu menjadi keutamaan ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner untuk memastikan skuad bimbingannya meraih tempat ke final Piala Malaysia.

Meskipun, membawa bekalan tipis selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, kelmarin namun skuad Penyu dilihat memiliki kelebihan apabila melayan kunjungan lawannya itu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 3 November depan.

Pengendali berusia 56 tahun itu menganggap Terengganu sepatutnya meraih bekalan lebih selesa berdasarkan beberapa peluang terhidang yang dimiliki dalam perlawanan itu.

“Selepas perlawanan saya lihat hanya berbeza satu gol, saya fikir kami sepatutnya dapat lebih (jaringan) kerana kami memiliki tiga atau empat peluang yang sangat baik.

“Ivan menghasilkan satu jaringan hari ini. Sony (Norde) ada membuat dua tiga situasi (menghasilkan jaringan) yang bagus. Nik Sharif pula yang diturunkan sebagai pemain gantian pun turut menghasilkan jaringan.

“Syahmi (Zamri) bila dia masuk ke padang, dia juga dapat banyak peluang yang baik. Anda tahu bila kita cipta peluang-peluang seperti itu, saya puas hati,” katanya.

Selain persediaan menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia, Terengganu juga terpaksa berdepan jadual yang padat apabila akan melayan kunjungan kelab Filipina, Stallion Laguna FC dalam aksi Kumpulan G saingan Piala AFC di tempat sendiri, Khamis ini sebelum menentang Sri Pahang dalam aksi Liga Super, 29 Oktober ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih KL Nenad Bacina mengakui tidak gembira dengan keputusan yang diraih pasukannya dalam aksi separuh akhir pertama, namun tetap positif untuk City Boys bangkit pada perlawanan timbal balik.

“Secara keseluruhannya sudah pasti saya tidak gembira dengan keputusan, namun saya fikir ia perlawanan yang menghiburkan buat penyokong kedua-dua pasukan. Bagaimanapun pemenang (ke final) akan ditentukan di Terengganu.

“Paulo dan Ryan Lambert di gantung, sementara Romel pula sakit. Mereka kemungkinan besar akan kembali berada dalam pasukan dan kami akan bersedia untuk perlawanan seterusnya,” katanya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/terkin ... ain-di-bukit-jalil/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.150245 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list