Alor Setar: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pokok Sena susulan hujan lebat, semalam.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, satu PPS di Sik iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Chepir ditutup, 9.30 pagi tadi berikutan air semakin surut.
"Dua PPS di Sik iaitu Markas PAS Tanjung Belit menempatkan 62 mangsa daripada 13 keluarga manakala PPS di Surau Kampung Belimbing pula menempatkan lima mangsa daripada sebuah keluarga.
"PPS di Pokok Sena yang dibuka 3 pagi tadi iaitu di Surau Kampung Baru Batu 20 Pula menempatkan 25 mangsa daripada enam keluarga manakala PPS di Masjid Nurul Iman pula menempatkan 25 mangsa daripada lapan keluarga," katanya dalam kenyataan, hari ini.