CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 662|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita pandu lawan arus, lelaki kena rempuh sudah beri keterangan - Polis

[Copy link]
Post time 19-10-2023 01:38 PM | Show all posts |Read mode
Wanita pandu lawan arus, lelaki kena rempuh sudah beri keterangan - Polis


Zuhainy Zulkiffli - Oktober 19, 2023 @ 10:38am [email protected]




Laporan BH Online pada 4 Oktober mengenai kes pandu lawan arus di Georgetown




GEORGETOWN: Seramai empat individu sudah diambil keterangan berhubung kes pandu lawan arus di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, dalam kejadian pada awal Oktober lalu.

Dua daripada mereka ialah lelaki memandu Perodua Bezza dan wanita pemandu BMW, yang sebelum ini dimasukkan ke hospital untuk rawatan susulan kejadian pada 1 Oktober terbabit, namun sudah dibenarkan pulang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata wanita berusia 41 tahun itu dirawat di hospital swasta sebelum dibenarkan pulang pada 9 Oktober.

"Pemandu Perodua Bezza, lelaki berusia 22 tahun dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP), dibenarkan pulang pada 11 Oktober," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Soffian berkata, wanita memandu BMW itu yang berasal dari Alor Setar, Kedah, sudah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut bagi memberi keterangan.

"Dia turut ditahan bagi membantu siasatan sebelum dilepas dengan jaminan polis kerana masih belum pulih sepenuhnya dan memerlukan rawatan susulan di hospital.

"Kertas siasatan sudah lengkap dan kes akan dirujuk kepada pihak pendakwaan dalam masa terdekat bagi mendapat arahan pertuduhan. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki cedera selepas kenderaan dinaikinya dirempuh sebuah kereta dipandu secara melawan arus di susur keluar Jambatan Pulau Pinang menghala Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini.

Dalam kejadian itu, kereta Perodua Bezza dikatakan dirempuh BMW 5 Series dipandu secara melawan arus oleh seorang wanita dari arah pusat bandar.

Wanita berkenaan didapati bebas pengaruh alkohol berpandukan analisis ujian sampel alkohol yang dihantar kepada Jabatan Kimia.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.041257 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list