CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 697|Reply: 0

[Kedah] Pasangan kekasih dicekup berkhalwat ketika ibu bapa tiada di rumah

[Copy link]
Post time 19-10-2023 11:26 AM | Show all posts |Read mode

Penguat kuasa PADK menjalankan soal siasat ke atas pasangan yang ditahan kerana disyaki berkhalwat di Taman Mutiara, Sungai Kob, Kulim tengah malam tadi.

KULIM – Sepasang kekasih yang merupakan pekerja tapak pesta ria dicekup penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) kerana disyaki berkhalwat di Taman Mutiara, Sungai Kob, di sini tengah malam tadi.

Pasangan berusia 23 tahun itu ditahan di rumah keluarga wanita terbabit kira-kira pukul 12.13 tengah malam ketika ketiadaan ibu serta bapa tirinya dengan membawa teman lelaki pulang ke rumah.

Pegawai Penguat Kuasa PADK, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pemeriksaan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan awam berhubung perbuatan pasangan itu.

Katanya, penguat kuasa bertindak mengetuk pintu serta memberi salam sebelum seorang wanita membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dilakukan di dalam rumah.

“Pemeriksaan menemui seorang lelaki di dalam bilik kedua di rumah tersebut dan hasil soal siasat mendapati mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram. Perbuatan pasangan itu menimbulkan syak berlakunya maksiat di rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, hasil soal siasat kedua-dua mereka bekerja di tapak pesta ria di taman perumahan itu dan lelaki terbabit menetap di Sungai Ular, di sini.

“Lelaki itu memberi alasan rumahnya jauh dari tempat kerja menyebabkan dia mengambil peluang menumpang di rumah wanita terbabit ketika ibu wanita itu berada di rumah abangnya di Pahang, manakala bapa tirinya tiada di rumah kerana bekerja,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... apa-tiada-di-rumah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.072702 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list