Beautiful blue ocean background with sunlight and undersea scene
Jurutera Massachusetts Institute of Technology (MIT) bersama-sama pasukan kerjasama mereka membangunkan sistem penyahgaram (desalination) berkuasa solar baharu yang mengambil air masin dan memanaskannya dengan cahaya matahari semula jadi.
Sistem ini direka bentuk untuk mengelak isu penyumbatan garam pada reka bentuk lain dan mempunyai kadar pengeluaran air dan penolakan garam yang lebih tinggi daripada semua konsep penyahgaraman suria pasif lain yang diuji ketika ini.
Peranti ini membenarkan air beredar dalam pusaran, dengan cara yang serupa dengan peredaran thermohaline yang lebih besar di lautan.
Peredaran ini, digabungkan dengan haba matahari, mendorong air untuk menguap dan meninggalkan garam.
Wap air yang terhasil kemudiannya boleh dipekatkan dan dikumpulkan sebagai air tulen dan boleh langsung diminum.
Para penyelidik menganggarkan jika sistem itu diperbesar kepada saiz beg pakaian kecil, ia boleh menghasilkan kira-kira 4-6 liter air minuman sejam dan bertahan beberapa tahun sebelum memerlukan alat ganti untuk baik pulih.
Pada skala dan prestasi ini, sistem boleh menghasilkan air minuman pada kadar dan harga yang lebih murah daripada air paip sedia ada.
|