CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 553|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tunai Rahmah: Jumlah mungkin tak banyak, tapi membantu

[Copy link]
Post time 16-10-2023 12:05 PM | Show all posts |Read mode

Gambar fail orang ramai menyerahkan borang permohonan STR ketika kaunter dibuka di Lembaga Hasil Dalam Negeri di Perlis tahun lalu.

SEBERANG PERAI – Rakyat negara ini terutama golongan berpendapatan rendah menarik nafas lega dengan pengumuman kenaikan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diumumkan Perdana

Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024, Jumaat lalu.

Kenaikan itu didapati bertepatan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

Sebelum ini, bayaran STR adalah RM3,100 sebelum dinaikkan kepada RM3,700.

Di Seberang Perai, Pulau Pulang, seorang suri rumah, Faridah Jusoh, 44, berkata, dia ba­nyak bergantung harap kepada pendapatan suami yang bekerja sebagai tukang rumah dengan gaji harian antara RM50 hingga RM70 sehari.

“Alhamdulillah, terima kasih PM (Perdana Menteri) sebab prihatin. Jumlah ini mungkin tidak banyak mana tapi ia sangat-sangat membantu.

“Bila ada STR, boleh la saya ambil tempahan kuih dalam kuantiti yang banyak sebab ada modal,” jelasnya.

Di Kuala Langat, Selangor, pengumuman kenaikan STR bagaikan rahmat kepada seorang suri rumah, Azura Azmi, 37, dalam meringankan beban kewangan keluarga.

Kata wanita berasal dari Te­luk Panglima Garang itu, suaminya hanya bekerja sebagai pemandu van dengan pendapatan bawah RM2,000.

“Kami B40 memerlukan STR terutama ketika anak naik sekolah.

“Harga barang pun naik. Jadi, berharap STR ini dapat menampung keperluan empat anak kami yang masih bersekolah,” katanya.

Di Kuala Terengganu, peng­umuman kenaikan kadar STR sehingga RM3,700 pada pembentangan Belanjawan 2024 di­sambut penuh kesyukuran oleh penerimanya terutama dalam kalangan golongan B40.

Salah seorang penerima STR, Tuan Khalid Tuan Hamat, 44, berkata, penambahan kadar STR tersebut merupakan rahmat besar buat keluarganya.

“Saya cuma bekerja nelayan tradisional dengan pendapatan tidak seberapa,” jelasnya.

Seorang penerima STR, Suriani Abdul Rahim, 43, juga ber­syukur dengan komitmen kerajaan untuk melunaskan fasa pertama bantuan itu dengan maksimum RM500 sebelum bulan Ramadan, Mac tahun depan.

“Kita serba maklum, sesi persekolahan baharu tahun depan bermula tidak jauh dari ketibaan puasa,” jelasnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ai-rahmah-keluarga/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.108238 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list