CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12297|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tertekan pedal minyak, Proton Saga terperosok dalam kedai nombor ekor

[Copy link]
Post time 15-10-2023 08:47 PM | Show all posts |Read mode
Tertekan pedal minyak, Proton Saga terperosok dalam kedai nombor ekor


BERNAMA



GAMBAR hiasan



Butterworth: Sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga emas terperosok dalam sebuah kedai menjual nombor ekor sehingga merempuh seorang pekerja wanita di situ, dalam kejadian di Taman Molek, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira 3 petang itu berlaku, apabila pemandu lelaki warga emas berusia 65 tahun dipercayai tertekan pedal minyak kereta Proton Saga dipandunya, sehingga merempuh masuk kedai tersebut dan melanggar ruang kaunter di situ.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth Noorhisham Md Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 3.06 petang dan terus ke lokasi, sebelum mendapati kereta dipandu lelaki berkenaan terperosok dalam kedai berkenaan.

"Lelaki yang memandu sendirian itu tersepit di bahagian pemandu dan kami menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkannya, sebelum warga emas itu yang cedera di bahagian pinggang dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

"Sementara, seorang pekerja wanita di kedai itu yang berusia 70-an mengalami cedera di kaki dan tangan, selepas dirempuh kereta.

"Semasa kejadian dia berada di meja makan yang terletak kira-kira dua meter dari kaunter. Mangsa dalam keadaan stabil dihantar ke hospital sama untuk rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Noorhisham berkata lelaki warga emas itu mendakwa dia mahu meletakkan keretanya di hadapan kedai tersebut, namun tertekan pedal minyak sehingga masuk ke dalam premis terbabit.



Disiarkan pada: Oktober 15, 2023 @ 7:15pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.040498 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list