View: 1651|Reply: 0
|
Malaysia seperti beraksi 14 pemain - Igor Stimac
[Copy link]
|
|
Endrick Dos Santos diasak pemain India, Lallianzuala Chhangte. -FOTO Aizuddin Saad
Kuala Lumpur: Pengendali India, Igor Stimac menjelaskan bahawa skuad Harimau Malaya seperti beraksi '14 pemain' hingga menyebabkan pasukannya tewas 2-4 kepada Malaysia pada aksi pertama Pestabola Merdeka 2023, sebentar tadi.
Lebihan tiga pemain berkenaan yang dimaksudkan oleh Stimac adalah pengadil hingga menyebabkan barisan anak buahnya tewas kepada pasukan yang berada di ranking 134 dunia.
"Kedua-dua pasukan beraksi dengan baik dan tahniah kepada Malaysia. India menentang 14 orang dalam perlawanan malam ini.
"Saya tidak mahu bercakap mengenai pengadil bagi mengelak mengganggu kejayaan pasukan anda (Malaysia)," kata Stimac.
Terdahulu, skuad Harimau Malaya membuktikan ranking hanyalah sekadar nombor apabila membaham pasukan di kedudukan ke 102 dunia 4-2 pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebentar tadi.
Jelas sekali taktikal pengendali Harimau Malaya Kim Pan Gon terbukti berkesan untuk menyekat pasukan hebat seperti India sekali gus menempah slot menentang Tajikistan pada final Pestabola Merdeka 2023, Selasa ini.
Gol pasukan kebangsaan disumbangkan kapten pasukan Dion Cools, Ariff Aiman Hanapi, Faisal Halim dan Corbin Ong.
Pasukan India yang berada di ranking 102 dunia pula hanya menyumbat dua gol menerusi Mahesh Singh dan Sunil Chhetri.
Sementara itu, Stimac berkata, skuad Harimau Malaya memiliki penyokong yang hebat dan terbaik sekali gus membantu Malaysia meraih kemenangan di gelanggang sendiri.
"Kamu memiliki penyokong yang sangat 'fantastik' dan terbaik. Saya cukup terhibur dan terpegun melihat sokongan daripada mereka.
"Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya kerana sokongan padu daripada penyokong sendiri kerana ia membantu memberikan semangat kepada pasukan untuk beraksi dengan baik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -pemain-igor-stimac |
|
|
|
|
|
|
| |
|