CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1691|Reply: 0

Belgium tempah slot ke Jerman

[Copy link]
Post time 14-10-2023 11:39 AM | Show all posts |Read mode

ROMELU Lukaku ledak gol ketiga Belgium. FOTO Reuters

Vienna: Beraksi dengan 10 pemain tidak menghalang Belgium membenam Austria dalam kempen Kumpulan F Kelayakan Euro 2023 menerusi kemenangan 3-2.

Belgium tampak garang di awal permainan apabila mendahului tiga gol hasil sumbangan dua gol Dodi Lukebakio yang juga dua jaringan pertamanya di pentas antarabangsa disusuli ledakan Romelu Lukaku.

Austria cuba merapatkan kedudukan menerusi Konrad Laimer sebelum Marcel Sabtzer menyempurnakan penalti selepas Amadou Onana mengutip kad kuning kedua untuk meninggalkan Belgium dengan kekurangan seorang pemain, ketika aksi berbaki lima minit untuk ditamatkan.

Begitupun, Austria masih berpeluang layak apabila berada tujuh mata di depan Sweden, tetapi perlu menang dalam salah satu daripada dua baki perlawanan menentang Azerbaijan pada Isnin dan Estonia pada November.

Dalam aksi itu, pelawat membuka jaringan pada minit ke-12 hasil gerakan menarik pemain sayap Sevilla, Lukebakio yang meledak gol antarabangsa pertamanya.

Lukebakio menambah jaringan pada minit ke-55 dan tiga minit kemudian, kapten Lukaku meledak gol ketiga Belgium.

Kapten Austria, Laimer mencetus kebangkitan pasukannya pada minit ke-73 dan lima minit kemudian, Belgium terpaksa beraksi 10 orang selepas Onana mengutip kad kuning kedua.

Austria mendapat penalti ketika permainan berbaki enam minit selepas bola terkena tangan Arthur Theate.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mpah-slot-ke-jerman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 2.319962 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list