CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1477|Reply: 0

[Pulau Pinang] Beri ruang polis jalankan siasatan terperinci kes Roger Ng - KPN

[Copy link]
Post time 12-10-2023 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Beri ruang polis jalankan siasatan terperinci kes Roger Ng - KPN

12 Oktober 2023   05:21pm





Razarudin (kiri) memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada Majlis Sambutan Peringatan Hari Pasukan Polis Marin Ke-76 di Markas Pasukan Polis Marin, Batu Uban. - Foto Bernama



GEORGE TOWN - Beri ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng Chong Hwa kerana kes itu melibatkan duit kerajaan dan rakyat, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata, siasatan terhadap Roger Ng, 51, yang diekstradisi dari Amerika Syarikat bagi membantu siasatan kes berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) itu akan dijalankan sehingga pihak berkuasa berpuas hati.



"Tiada tempoh masa dan, tiada had (siasatan) sehingga kita puas hati (jalankan siasatan), kerana ia melibatkan duit kerajaan dan rakyat. Kita akan adakan sidang akhbar dari semasa ke semasa, beri kami peluang untuk menyiasat.

"Jangan risau, baru dua hari, sabar, ini bukan kes curi ayam,'' katanya katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis Marin ke 76 di Markas PPM Wilayah 1 di Batu Uban, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin.



Roger Ng yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dollar dana 1MDB, dibawa pulang ke Malaysia oleh pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan pihak berkuasa negara ini, berkaitan 1MDB.

Pada 19 Disember 2018, Roger Ng mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs, berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion dengan menggugurkan fakta material dan membuat kenyataan palsu.


Pada 9 Januari lepas, Mahkamah Tinggi di Amerika Syarikat melepas tanpa membebaskan (DNAA) Roger Ng daripada empat pertuduhan bersubahat dengan syarikat itu, berhubung penjualan nota sekuriti dan bon bernilai AS$6.5 bilion milik anak syarikat 1MDB.

Sementara itu, Razarudin berkata, polis akan bersikap telus dan adil dalam siasatan terhadap isu video tular yang memaparkan orang kena tahan (OKT) kelihatan dipukul ketika berada dalam tahanan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Klang Selatan, Selangor.





"Kami akan telus dan adil dalam siasatan kami dan ini komitmen kami. Saya juga telah maklumkan hasrat saya itu kepada Ketua Polis Selangor," katanya.

Rakaman video berkenaan dikesan tular menerusi aplikasi Telegram, dan semakan mendapati kejadian berlaku di BSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada 2 Ogos 2022.

Sementara itu Razarudin berkata, Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menangani 4,955 kes penyeludupan rokok, minuman keras, dadah dan khazanah negara, dan merampas pelbagai barang yang berkaitan dengan nilai berjumlah RM186 juta dalam operasi sejak awal Januari hingga Ogos tahun ini.

Beliau berkata, kejayaan itu adalah hasil operasi berterusan PPM dengan kerjasama Jabatan Imigresen, Jabatan Perikanan, Kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN); Jabatan Laut dan Lembaga Pelabuhan dan Dermaga, dalam memerangi penyeludupan kontraban dan mencegah jenayah rentas sempadan.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan dan pucuk pimpinan PDRM sentiasa mengambil cakna akan kebajikan dan keperluan aset PPM sejajar dengan arus pembangunan pesat dalam bidang teknologi marin.

Beliau berkata, antara projek dan aset terbaharu PPM adalah projek Pembangunan Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 3 di Tok Bali, Bachok, Kelantan bernilai RM75 juta yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap Januari 2024.

''Selain itu, Projek Pembangunan Markas Pangkalan Hadapan (Forward Operation Base) di Pulau Mabul, Semporna, Sabah bernilai RM45.5 juta yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada Januari 2024 dan Projek Pembangunan Markas Operasi Muar di Muar, Johor bernilai RM40 juta yang kini dalam proses penyediaan skop kerja oleh Jabatan Kerja Raya," katanya.

Beliau berkata, PPM juga memperoleh aset antaranya perolehan 10 bot police strike craft, Rigid Hull Assault Boat (RHAB) Full Cabin dengan nilai kos projek RM32.81 juta. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.143812 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list