CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1945|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Projek pelaburan tipu RM1 bilion: MHO harap tindakan perundangan diambil pendakwaan

[Copy link]
Post time 12-10-2023 03:40 PM | Show all posts |Read mode

Hishamuddin Hashim.

Kuala Lumpur: Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) berharap tindakan perundangan akan diambil pihak pendakwaan ke atas syarikat yang menawarkan skim pelaburan menipu ratusan pelabur.

Setiausaha Agong MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pertuduhan di bawah jenayah penipuan adalah tindakan sebaiknya bagi membela nasib mangsa yang menanggung kerugian akibat daripada aktiviti penipuan syarikat terbabit.

"MHO berterima kasih kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang sudah menjalankan siasatan kes dan kita akan melihat keputusan selanjutnya daripada pihak pendakwaan.

"Jika keputusan itu tidak seperti yang diharapkan mangsa, berkemungkinan mangsa akan menghantar satu representasi kes kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai SSM sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung pendedahan Harian Metro berkaitan penipuan pelaburan mendakwa patuh syariah yang membabitkan kerugian mencecah RM1 bilion.

SSM dilapor berkata, pihaknya menerima 409 aduan membabitkan beberapa syarikat yang menawarkan skim pelaburan berkonsep saham boleh tebus syariah daripada MHO setakat 30 September lalu.

SSM meneliti setiap aduan dan menjalankan siasatan lengkap dengan merekodkan keterangan daripada pelabur, ejen pelaburan, pengarah dan pegawai syarikat serta individu berkaitan, di samping mendapatkan dokumen-dokumen tambahan.

Sebanyak 23 rakaman percakapan dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan dan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk pertimbangan serta arahan lanjut.

Hishamuddin berkata, MHO kekal dengan pendirian bahawa skim pelaburan Islamic Redeemable Share (IRPS) atau saham boleh tebus syariah yang ditawarkan syarikat pelaburan berkenaan bersifat sebagai jenayah penipuan terancang.

Ini kerana, katanya, berdasarkan aduan dan semakan fakta kes yang diperoleh mendapati kebanyakan pelabur adalah mangsa penipuan.

Justeru, beliau berkata, MHO berkemungkinan mengambil langkah lanjut jika kes itu tidak dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Akhbar ini menerusi laporan bersiri bermula 22 Jun lalu mendedahkan 500 orang menjadi mangsa penipuan skim pelaburan patuh syariah dengan nilai kerugian mencecah RM1 bilion.

Syarikat terbabit akan menampilkan diri mereka dengan memakai sut berjenama, mempamerkan kenderaan mewah dan rumah besar serta menunjukkan ciri Islam bagi memperdaya orang ramai untuk melabur.

Malah bagi meyakinkan pelabur mereka turut menampilkan wajah tokoh agama, pendakwah bebas dan selebriti yang kononnya turut melabur di syarikat terbabit sedangkan perkara itu tidak berlaku.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... perundangan-diambil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.044066 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list