View: 1736|Reply: 0
|
Bukit Jalil siap sedia aksi Malaysia lawan India
[Copy link]
|
|
KERJA-kerja penggantian dan pemasangan artificial turf non-infill baharu dilakukan di bilik persalinan pemain menjelang aksi Malaysia menentang India di Stadium Nasional Bukit Jalil. – PSM
PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) mengambil langkah proaktif bagi memastikan permukaan padang baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) berada pada tahap optimum menjelang kejohanan Pestabola Merdeka yang bermula esok.
Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan kelengkapan moden bagi membolehkan rumput baharu iaitu Zeon Zoysia mendapat pencahayaan secukupnya, sekali gus mempercepatkan proses penyediaan padang.
Kata Hans, antara kelengkapan yang baru dibeli PSM seperti lampu pencahayaan rumput atau ‘grass light’ dari Eropah dengan harga anggaran mencecah ratusan ribu ringgit.
“Satu benda yang rumit buat kita kerana keadaan stadium (bumbung berbentuk dome) telah menghalang cahaya matahari.
“Justeru, PSM harus beli lampu rumput dari Eropah untuk dibawa masuk ke SNBJ untuk memastikan rumput ini mencapai piawaian antarabangsa.
“Sudah pasti rumput ini mengambil masa yang agak lama (untuk matang). Terdapat beberapa elemen penting yang perlu dinilai rapi termasuklah air dan udara,” ketika ketika ditemui di Petaling Jaya.
Sebagai rekod, padang SNBJ telah dikritik hebat pada tahun lalu selepas ditakungi air pada aski kelayakan Piala Asia 2023 melibatkan pasukan Harimau Malaya bertemu Bahrain.
Keputusan tersebut menyaksikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudi untuk menaja penukaran rumput di SNBJ yang menggunakan ‘Cow Grass’ kepada ‘Zeon Zoysia’ seperti Stadium Sultan Ibrahim di Johor.
SNBJ kini antara 4 buah stadium utama di Asia Tenggara yang menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia selain Stadium Nasional Singapura, Stadium Utama Gelora Bung Karno, Indonesia dan Stadium Sultan Ibrahim.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... laysia-lawan-india/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|