View: 1666|Reply: 0
|
Euro 2024: Harry Kane yakin karier masih panjang
[Copy link]
|
|
KANE percaya dia mampu untuk terus kekal bersama England untuk tempoh yang lebih panjang biarpun kini sudah berusia 30 tahun. - AFP
LONDON – Kapten pasukan England, Harry Kane memberi bayangan akan kekal aktif pada saingan antarabangsa kerana mampu untuk bermain di peringkat tertinggi sehingga usia 40 tahun.
Penggempur kelab Bayern Munich yang baru berumur 30 tahun mengakui belum terlintas untuk bersara daripada mewakili skuad Three Lions kerana itu adalah impiannya sejak kecil.
Kata Kane, beberapa penyerang utama Eropah seperti Cristiano Ronaldo yang mewakili Portugal, Zlatan Ibrahimovic (Sweden) dan Robert Lewandowski (Poland) sudah membuktikan bahawa usia sekadar angka.
“Tidak mungkin saya akan bersara dalam masa terdekat. Mewakili skuad kebangsaan adalah kebanggaan buat saya secara peribadi dan mustahil untuk saya tinggalkan pasukan ini.
“Mungkin ramai yang anggap saya sudah memasuki penghujung karier apabila memasuki usia 30-an, tetapi saya anggap ini adalah cabaran buat diri sendiri untuk kekal bersaing secara kompetitif di peringkat tertinggi.
“Sudah pasti kita boleh lihat contoh terdekat seperti Ronaldo, Ibrahimovic, Lewandowski atau Lionel Messi yang mampu bermain di pentas antarabangsa walaupun sudah dianggap veteran.
“Masih banyak ruang buat saya pertingkatkan dan saya tidak akan berhenti selagi mampu,” katanya.
Kane yang juga penjaring terbanyak sepanjang zaman skuad England bakal menjadi taruhan apabila pasukan itu mengharungi aksi persahabatan bertemu Australia pada Sabtu ini dan saingan kelayakan Euro 2024 menentang Itali minggu depan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... rier-masih-panjang/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|