|
FAGIOLI dikatakan terbabit dalam perjudian haram. FOTO Reuters
Rom: Pemain tengah Juventus Nicolo Fagioli sedang disiasat atas dakwaan aktiviti pertaruhan haram, kata seorang pendakwa raya Itali yang mengesahkan laporan akhbar sebelum ini.
Akhbar harian, La Stampa berkata, lelaki berusia 22 tahun itu terbabit dalam siasatan jenayah yang mensasarkan pengguna platform pertaruhan dalam talian haram, bersama suspek lain yang tidak dinamakan.
"Saya mengesahkan berita siasatan itu," kata Ketua Pendakwaraya Turin, Enrica Gabetta dalam satu kenyataan melalui e-mel, tanpa mengulas lanjut.
"Anak guam kami menangani perkara itu secara bertanggungjawab, dengan tujuan untuk ketelusan maksimum dan kerjasama dengan pihak berkuasa kehakiman biasa dan sukan," kata peguam Fagioli, Luca Ferrari dan Armando Simbari dalam satu kenyataan bersama.
"Nicolo tenang dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada Juventus dan liga (Serie A Itali)," tambah mereka.
Akhbar itu tidak menyatakan jenis pertaruhan yang Fagioli terbabit.
Pihak berkuasa bola sepak Itali melarang pemain daripada bertaruh perlawanan bola sepak tetapi dibenarkan daripada jenis perjudian lain.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-pertaruhan-haram |
|