CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2879|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Muatan buah dokong melambak atas lebuh raya

[Copy link]
Post time 10-10-2023 03:57 PM | Show all posts |Read mode

Buah dukung bertaburan atas lebuhraya selepas lori yang membawa muatan berkenaan terbabit kemalangan di kilometer 226.8, Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan), pagi tadi. - IHSAN POLIS

REMBAU – Trafik dilaporkan sesak lebih tiga kilometer susulan kemalangan membabitkan dua buah lori di kilometer 226.8, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan), pagi tadi.

Difahamkan, susulan kejadian tersebut, muatan buah dokong lori tiga tan jenis Isuzu melambak di atas lebuhraya dan menyebabkan trafik sesak kira-kira tiga kilometer.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, kemalangan kira-kira pukul 6.40 pagi itu membabitkan lori tiga tan jenis Isuzu dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun dan lori kontena dipandu lelaki berusia 40 tahun.

“Siasatan awal mendapati lori muatan buah dukung dari arah Lebuhraya Senawang menghala ke Air Keroh dengan memandu di lorong tengah, sampai di tempat kejadian, tiba-tiba tayar hadapan sebelah kiri telah pecah dan telah hilang kawalan lalu melanggar sisi kanan lori kontena yang sedang berhenti kerana mengalami kerosakan enjin di lorong kecemasan.

“Selepas itu, lori muatan buah dukung itu terlanggar pula penghadang besi tengah lebuhraya dan terhenti di lorong sebelah kanan lebuhraya. Dalam kemalangan ini pemandu mengalami kecederaan ringan di dahi dan telah mendapatkan rawatan di zon hijau Hospital Alor Gajah,” katanya, di sini, hari ini.

Ujar Hazri lagi, kes berkenaan disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59. -KOSMO! ONLINE.

https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... bak-atas-lebuhraya/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.772212 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list