CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 0

[Pulau Pinang] Letupkan bom buatan depan rumah jiran kerana marah

[Copy link]
Post time 10-10-2023 01:19 PM | Show all posts |Read mode

Kepala Batas: Lelaki yang ditahan berhubung penemuan satu bungkusan mengandungi bahan letupan buatan sendiri (IED) di Mak Mandin dekat sini pada Ahad lalu, dipercayai sudah bertindak meletupkan bahan itu di hadapan rumah jirannya kerana marahkan keluarga terbabit.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata berdasarkan siasatan awal, lelaki tempatan berusia 32 tahun itu bertindak sedemikian kerana mendakwa lelaki warga emas yang adalah jirannya sering memerlinya.

"Suspek mendakwa jirannya selalu perli dirinya dan sebab itu bertindak meletupkan bahan itu bagi menakutkan serta memberi amaran kepada jiran berkenaan.

"Suspek meletakkan bahan letupan terbabit di hadapan rumah jirannya di tingkat empat Flat Taman Pandan itu sebelum meletupkannya sehingga menyebabkan bahagian jeriji besi pintu rumah dan koridor di situ rosak akibat letupan itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Asri berkata kejadian letupan itu bagaimanapun tidak menyebabkan penghuni rumah berkenaan cedera.

Beliau berkata polis ketika ini giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sama ada lelaki yang ditahan itu terbabit dengan jenayah lain kerana selain IED, pihaknya turut merampas sepucuk pistol buatan sendiri dan kerambit daripadanya.

"Siasatan terperinci termasuk membabitkan pasukan polis dari Bukit Aman (ke sini) sedang dijalankan bagi mengenal pasti latar belakang lelaki itu dan sejauh mana dia mempunyai kemahiran untuk menghasilkan bahan letupan terbabit sama ada untuk jenayah atau dijual kepada sesiapa," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki yang bekerja kilang itu bertindak sendirian termasuk menghasilkan sendiri IED itu dengan cara mempelajari daripada YouTube, manakala bahan-bahannya diperoleh melalui pembelian dalam platform e-dagang.

"Setakat ini, polis mendapati dia menghasilkan bahan letupan itu sendirian dan tidak terbabit dengan mana-mana rangkaian sindiket jenayah.

"Kami juga sedang jalankan siasatan lanjut terhadap rakan serumahnya iaitu wanita warga Indonesia berusia 38 tahun yang ditahan bersama lelaki berkenaan," katanya.

Semalam, polis menahan seorang lelaki tempatan dan rakan serumahnya seorang wanita warga asing susulan penemuan satu bungkusan mengandungi IED di tingkat empat Flat Taman Pandan selepas pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita memaklumkan terdengar bunyi letupan di hadapan sebuah rumah pada 12.57 tengah hari, Ahad.

Hasil pemeriksaan mendapati bahan letupan terbabit ialah improvised explosive device (IED) dan polis kemudiannya menahan mereka sebelum menemukan satu lagi IED, selain sepucuk pistol buatan sendiri dan kerambit serta peralatan untuk membuat bahan letupan berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jiran-kerana-marah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.072553 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list