View: 365|Reply: 0
|
Kim Pan-gon siapkan ‘ramuan’ baharu
[Copy link]
|
|
SKUAD negara membariskan kombinasi pemain pada semua peringkat usia untuk memastikan kesinambungan kekuatan pasukan kekal berpanjangan. - FB FAM
KOMBINASI pemain muda dan senior pada kem latihan pusat skuad kebangsaan sempena Pestabola Merdeka kali ini boleh dianggap cukup sempurna dalam usaha membentuk pasukan yang ampuh.
Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui kehadiran ramai ‘ubi muda’ dilihat mampu memberikan aksi kompetitif buat pasukan bagi memburu keputusan terbaik pada kejohanan Pestabola Merdeka kali ini.
Kata Pan-gon, pemain-pemain bawah 23 (B-23) yang kembali diserapkan dalam pasukan seperti Mukhairi Ajmal dan Azam Azmi Murad diharapkan tidak menunggu lama untuk sesuaikan diri dengan tonggak senior.
“Kita mempunyai ramai pemain muda berbakat seperti Mukhairi dan Azam. Mereka sememangnya boleh bersaing dengan pemain senior yang berada dalam skuad kebangsaan.
“Pada masa sama, skuad Harimau Malaya perlu pemain di semua peringkat umur iaitu di pertengahan seperti Safawi Rasid, kemudian pemain senior berusia 30-an dan seterusnya pemain muda.
“Pasukan memang memerlukan keseimbangan dalam setiap peringkat umur sekali gus bagus untuk pemain muda menimba ilmu dan pengalaman kerana mereka selepas ini mereka pula bakal jadi tunjang pasukan kebangsaan,” katanya.
Selain Mukhairi, dua lagi pemain yang berumur B-23 turut diserapkan dalam senarai 25 pemain skuad kebangsaan kali ini seperti bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi serta Nooa Laine.
Beberapa pemain B-23 turut pernah dipanggil sebelum ini seperti Rahadiazli Rahalim, V. Ruventhiran, Feroz Baharudin dan Haqimi Azim, tetapi tidak disenaraikan dalam skuad kali ini.
Skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu dengan negara India pada aksi pembukaan Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Jumaat ini.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... pkan-ramuan-baharu/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|