View: 427|Reply: 0
|
Koeman harap anak buahnya benam Perancis
[Copy link]
|
|
Koeman harap anak buahnya benam Perancis
KOEMAN yakin kemampuan pemainnya walaupun berdepan masalah kecederaan. FOTO Reuters
Amsterdam: Jurulatih Belanda Ronald Koeman berharap pasukannya dapat meraih kemenangan ke atas Perancis dalam kelayakan Euro Sabtu ini walaupun mereka dilanda masalah kecederaan teruk.
"Saya melihat keputusan yang tidak masuk akal setiap minggu," katanya pada sidang akhbar.
"Kami berharap dapat membuat rancangan sedemikian pada hari Jumaat (Sabtu) yang boleh menyukarkan Perancis dan juga mendapat keputusan positif."
"Sudah tentu, kami sedar kami tidak mempunyai pasukan terkuat. Tetapi itu tidak bermakna dalam bola sepak, saya melihat perlawanan dan keputusan setiap minggu di mana anda fikir: bagaimana ia berlaku?."
Belanda kehilangan pemain tengah berpengaruh Frenkie de Jong, Matthijs de Ligt dan penyerang, Cody Gakpo dan Memphis Depay sebelum memulakan skuad mereka Jumaat lalu.
Sebelum itu penjaga gol, Mark Flekken, Steven Berghuis dan Teun Koopmeiners juga menarik diri kerana cedera.
"Apakah sebab untuk[[[ semua terpaksa diketepikan? Itu semata-mata ada kaitan dengan kalendar. Mereka kadang-kadang kecederaan bola sepak sebenar, tetapi saya juga melihat banyak kecederaan otot.
Perancis juga tiba-tiba mempunyai tiga pemain terpaksa diketepikan," kata Koeman.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... hnya-benam-perancis
|
|
|
|
|
|
|
| |
|