CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 848|Reply: 1

[Kedah] Masalah pengairan jejaskan 1,200 pesawah di Kota Kuala Muda

[Copy link]
Post time 9-10-2023 06:36 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan.

Sungai Petani: Kira-kira 1,200 pesawah di kawasan Kota Dua, Kota Kuala Muda di sini resah apabila sawah seluas 1,800 hektar yang diusahakan berdepan masalah pengairan sehingga menjejaskan pengeluaran dan kualiti padi mereka.

Ketua Unit Peladang Sungai Emas, Mohd Yatim Ismail berkata, keadaan itu berpunca daripada sistem pelepasan air ke petak sawah tidak selaras dengan peringkat penanaman padi.

"Kawasan yang perlukan air, tidak terima tapi di kawasan lain pula dilepaskan air secara berlebihan. Jentera menuai tak boleh masuk dalam sawah kerana lebihan air.

"Akhirnya kira-kira 400 pesawah di Kampung Bukit Meriam, Kampung Paya, Kampung Teluk Emboi dan Kampung Permatang Kuala mengalami kerugian kerana tidak dapat menuai padi.

"Ada pula sesetengah kawasan, pesawah tidak dapat bekalan air menyebabkan mereka tidak dapat mengusahakan sawah," katanya.

Mohd Yatim berkata pihaknya sudah membangkitkan isu selenggara dan baik pulih infrastruktur pengairan yang uzur di kawasan itu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"Namun pejabat JPS daerah dimaklumkan jabatan itu tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi," katanya.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Muda Selatan, Badron Hisham Bahari menggesa kerajaan memberi perhatian sewajarnya bagi mengatasi masalah itu sejak sekian lama.

"Sebagai contoh bagi musim penanaman kali ini, hanya separuh dari zon Kuala Muda Selatan mendapat kemudahan pengairan yang baik daripada JPS.

"Kami diminta bergotong royong membersihkan pengairan sendiri. Kami amat berharap kerajaan akan melihat kesusahan kami kerana kami juga menyumbang kepada pengeluaran padi negara," katanya.

Katanya, bajet tahunan JPS yang diagihkan untuk tiga daerah iaitu daerah Kuala Muda, Sik dan Baling masih tidak mencukupi untuk menampung kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih infrastruktur pengairan.

"Sesetengah sawah padi tidak mendapat bekalan air pengairan, ini menjejaskan tanaman dan sawah padi kami," katanya.

Terdahulu hampir 70 pesawah berkumpul di sini, bagi mengadakan bantahan aman mendesak kerajaan campur tangan supaya harga belian padi musim ini dikekalkan pada harga RM1,700 setan.

Pesawah dari Kampung Sungai Emas, Kota Kuala Muda, Zulkefli Ismail, 64, berkata, penurunan harga yang berlaku secara mendadak berbanding harga belian padi sebanyak RM1,700 setan sebelum ini menyebabkan kebanyakan petani tidak berpuas hati memandangkan tempoh menuai masih belum tamat.

Katanya, selama ini petani terpaksa menanggung pelbagai kos lain termasuk sewa jentera, membajak dan benih padi yang meningkat termasuk peningkatan kos sara hidup menyebabkan kebanyakan pesawah semakin tertekan.

"Kebanyakan pesawah bergantung sepenuhnya kepada hasil penanaman padi untuk menyara keluarga, apabila harga belian menurun, kos tanaman tinggi, bagaimana nasib kami, tambahan pula di sini ada masalah pengairan," katanya .

Seorang lagi pesawah dari Kampung Bukit Meriam, Mohd Fazirul Ismail, 39, berkata, dengan harga belian padi RM1,250 setan ditambah insentif subsidi harga padi sebanyak RM500, petani hanya memperolehi RM1,750 untuk satu tan.

Katanya pesawah perlu menanggung kos-kos lain menyebabkan mereka hanya memperoleh keuntungan kira-kira RM200 setan sahaja sekiranya padi menjadi.

"Jika kerajaan boleh kekalkan subsidi RM500 dan juga harga belian RM1,700, pendapatan petani akan jadi RM 2,200 untuksetan dan kami boleh dapat keuntungan sebanyak kira-kira RM600 setan, baru kami rasa lega sikit," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -di-kota-kuala-muda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 05:06 PM | Show all posts
system problem gini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.049097 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list