CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 714|Reply: 0

[Johor] Remaja 13 hingga 19 tahun antara dijangkiti HIV di Johor

[Copy link]
Post time 9-10-2023 05:45 PM | Show all posts |Read mode

Ling Tian Soon

JOHOR BAHRU – Remaja berusia antara 13 hingga 19 tahun antara enam kes baharu yang dikesan melibatkan jangkitan HIV di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, Minggu Epid (ME) ke-40 ini menyaksikan keseluruhan kes direkodkan tahun ini sebanyak 157 jangkitan.

“Johor merekodkan 157 kes jangkitan HIV dengan kadar 3.8 kes bagi setiap 100,000 penduduk, dimana enam kes melibatkan remaja berusia antara 13 hingga 19 tahun.

“Sebanyak 86 kes baharu yang dilaporkan melibatkan individu berusia antara 20 hingga 29 tahun, manakala 47 kes melibatkan individu berusia antara 30 hingga 39 tahun. Sebanyak 13 kes melibatkan individu berusia 40 hingga 49 tahun dan lima lagi kes melibatkan individu berusia 50 tahun ke atas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Tian Soon, daripada keseluruhan 157 kes itu, 95 peratus membabitkan pesakit lelaki manakala baki lima peratus melibatkan pesakit wanita.

“110 kes dikesan berpunca akibat hubungan homoseksual atau biseksual, manakala 47 kes lagi faktor jangkitannya adalah melalui hubungan heteroseksual.

“Johor Bahru merupakan daerah yang merekodkan jangkitan baharu terbanyak dengan 87 kes, diikuti Kluang (15 kes) dan Batu Pahat (12 kes),” jelasnya lanjut.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... gkiti-hiv-di-johor/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.092798 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list