CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 745|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Guru dengan dua anak OKU, buntu hadapi masalah kewangan

[Copy link]
Post time 9-10-2023 10:59 AM | Show all posts |Read mode

NOORAKMAR Mahmood bersama dua orang anaknya yang merupakan OKU di rumahnya di Kampung Batu, Rembau, semalam.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.


REMBAU: Seorang guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sebuah sekolah rendah di daerah ini, buntu dengan masalah kewangan dihadapinya selepas diuji dengan cabaran kehidupan termasuk membesarkan dua anak yang dikategorikan orang kurang upaya (OKU).

Noorakmar Mahmood, 42, berkata, memburukkan lagi masalah, lebih setengah daripada jumlah gaji yang diterimanya terpaksa digunakan untuk membayar komitmen bulanannya.

Katanya, dia terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga dua anak istimewanya itu serta membayar kembali gaji yang sudah diterimanya.

“Gaji asas saya sudah lebih RM4,000 namun 40 peratus sudah dipotong untuk bayaran komitmen sebelum kehidupan kami suami isteri diuji. Suami mengusahakan perniagaan makanan dan saya buat pinjaman untuk perniagaan tersebut.

“Kini suami tidak boleh bekerja kerana menjaga anak OKU, saya pula terpaksa mengambil cuti tanpa gaji apabila anak masuk wad.

“Untuk cuti tanpa gaji dari tahun 2018 hingga tahun lalu, saya perlu membayar kembali gaji hampir sebanyak RM18,000. Untuk 60 bulan, potongan gaji sebanyak RM298.82 sudah mula dibuat sejak bulan lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu, di sini.

Dia memberitahu, anak keduanya iaitu Muhammad Arsyad Riffat Mohd. Ariff kini berusia lapan tahun dan Adam Yusuf Mohd. Ariff berusia tiga tahun dan kedua-dianya dikategorikan sebagai OKU fizikal.

Katanya, apa yang merungsingkannya kini untuk bayaran gaji tanpa cuti tahun ini dari awal tahun hingga pertengahan tahun lalu, hasil kiraan lebih RM3,000 sudah dibuat dan ia dijangka terus bertambah.

Menurutnya, untuk bulan ini sahaja iaitu dari 4 hingga 6 Oktober lalu, dia terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana anak keduanya menjalani rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

“Untuk bayaran cuti tanpa gaji tahun ini, saya harus membayar secara sekali gus. Ini yang saya bimbangkan, saya sudah kehabisan tunai, wang simpanan juga tiada.

“Dua anak OKU menyebabkan saya serta suami tidak boleh bekerja jika anak masuk ke hospital. Seorang jaga di rumah, seorang pula di hospital,” katanya.

Menurutnya, anak keduanya menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500, manakala Baitulmal pula memberikan 18 tin susu khas setiap bulan.

“Namun, penggunaan sebenar dua anak OKU saya ialah satu tin susu khas setiap hari, jadi saya perlu membeli 12 tin lagi dengan harga RM119. Saya sudah kehabisan wang tunai, mahu atau tidak memang saya memerlukan bantuan walaupun segan,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan menerusi akaun CIMB bernombor akaun 7053783457 atas nama Noorakmar Mahmood.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... i-masalah-kewangan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.031952 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list