CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 597|Reply: 0

[Johor] Warga Bangladesh dalang sindiket pemalsuan PLKS, RTK ditahan

[Copy link]
Post time 9-10-2023 10:13 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA JIM Johor ketika serbuan sebuah premis di Gelang Patah, Khamis lalu. FOTO Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

Iskandar Puteri: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menumpaskan sindiket pemalsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan khidmat pendaftaran Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 kepada warga asing dalam serbuan di sebuah premis di Gelang Patah, di sini Khamis lepas.

Pengarah JIM Johor Baharuddin Tahir berkata, serbuan kira-kira 4.50 petang itu dibuat atas maklumat awam dan hasil risikan Unit Tindakan dan Operasi.

"Sindiket didalangi seorang warga Bangladesh dipercayai telah menjalankan kegiatan pemalsuan dokumen perjalanan, tiket penerbangan, E-visa dan khidmat pendaftaran program RTK 2.0 serta PLKS sejak setahun lepas dengan mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan kita merampas empat pasport India, sebuah komputer, sebuah mesin pencetak, enam telefon bimbit, satu set salinan dokumen perjalanan dan permit yang disyaki palsu serta wang tunai berjumlah RM320," katanya dalam kenyataan hari ini.

Baharuddin berkata, pihaknya turut menahan empat lelaki warga Bangladesh, seorang lelaki Nepal dan seorang lelaki warga Bangladesh berstatus penduduk tetap.

Katanya, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 12 (1) (f) Akta Pasport 1966, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 56 (1A) (c) Akta Imigresen 1959/63.

"Warga Bangladesh berstatus Penduduk Tetap tersebut pula ditahan di bawah Seksyen 56(1A)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56 (1)(d) Akta Imigresen 1959/63 ( Akta 155 ) kerana melindungi warga asing," katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai agar menyalurkan aduan dan maklumat berkaitan warga asing kepada pihak berkuasa.

"JIM tidak akan berkompromi atas apa jua bentuk kegiatan yang melanggar undang-undang dan memastikan usaha membanteras sindiket berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta aktiviti tidak berintegriti sentiasa dilaksanakan.

"Kita memandang serius kegiatan sindiket yang mengaut keuntungan dengan mengeluarkan dan membekalkan dokumen palsu yang boleh mencemar nama baik serta imej JIM," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-plks-rtk-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.052054 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list