View: 1767|Reply: 0
|
Sukan Asia: China juara buat kali ke-11 berturut-turut
[Copy link]
|
|
Sukan Asia: China juara buat kali ke-11 berturut-turut
Pasukan bola tampar wanita turut menyumbang emas kepada kontinjen China di Sukan Asia Hangzhou. - Foto AFP
HANGZHOU: Tuan rumah Sukan Asia, China menamatkan saingan dengan memecahkan rekod memenangi 201 pingat emas apabila temasya yang berlangsung selama dua minggu itu melabuhkan tirainya, hari ini.
Upacara penutup temasya terbesar Asia itu akan berlangsung, malam ini di Stadium Olimpik yang berkapasiti 80,000 orang, dengan Jepun akan menjadi tuan rumah seterusnya pada 2026.
Sukan Asia kebiasaannya diadakan setiap empat tahun sekali tetapi bandar Nagoya-Aichi mempunyai masa singkat untuk buat persiapan kerana temasya di Hangzhou tertangguh selama setahun disebabkan pandemik COVID-19.
Atlet karate Taiwan, Gu Shiau-shuang memenangi emas terakhir yang ditawarkan pada temasya kali ini selepas dia berjaya mempertahankan kejuaraan dalam acara kumite wanita bawah 50 kilogram (kg).
Atlet karate Taiwan, Gu Shiau-shuang (kiri) memenangi emas terakhir yang ditawarkan pada temasya kali ini. - Foto Reuters
Bagaimanapun, tuan rumah mendominasi carta pungutan pingat keseluruhan apabila merangkul 201 emas, 111 perak dan 71 gangsa.
Jumlah emas yang diraih kali ini mengatasi 199 emas yang dimenangi ketika Guangzhou 2010.
China mendominasi 40 sukan dan 54 venue sekali gus mengukuhkan status mereka sebagai kuasa besar Sukan Asia dengan muncul juara sejak 1982 lagi.
Dengan kira-kira 12,000 atlet mengambil bahagian secara keseluruhannya, ini adalah Sukan Asia terbesar dalam sejarah.
"Secara teknikalnya kita menyaksikan antara penganjuran Sukan Asia terbaik," kata pemangku Ketua Pengarah Majlis Olimpik Asia, Vinod Kumar Tiwari.
"Kita menyaksikan 97 rekod temasya, 26 rekod Asia dan 13 rekod dunia, jadi standardnya sangat tinggi dan kami sangat gembira." - AFP
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... e-11-berturut-turut
|
|
|
|
|
|
|
| |
|