CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 689|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Lif tidak berfungsi, penuntut UiTM jadi mangsa

[Copy link]
Post time 8-10-2023 03:22 PM | Show all posts |Read mode

KIRA-KIRA 30 pemilik 'service suites' dekat Seremban 3 berkumpul dan meluahkan masalah mereka kepada Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J Arul Kumar (dua kiri). FOTO Ahmad Hasbi

Seremban: Kira-kira 100 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban, Seremban 3, di sini, yang menyewa di sebuah apartment perkhidmatan terpaksa menaiki tangga ke kediaman mereka apabila lif di bangunan itu tidak berfungsi.

Apartment yang berada bersebelahan dengan UiTM itu menjadi lokasi pilihan penuntut ketika mendaftar semester baharu, namun kini bertukar menjadi mimpi ngeri gara-gara masalah bekalan elektrik yang menyebabkan lif tidak berfungsi.

Wakil pemilik apartment berkenaan, Leong Ywong Sen, 50, berkata, ada sesetengah penyewa terpaksa naik turun tangga hingga ke tingkat 12.

"Terdapat lebih 200 unit 'service suites' di sini dengan anggaran 30 daripadanya disewakan kepada penuntut UiTM.

"Namun pada 25 September lalu bekalan elektrik diputuskan. Ia dipercayai kerana terdapat tunggakan bil elektrik yang tidak dibayar pengurusan bangunan mencecah puluhan ribu ringgit.

"Bekalan elektrik di setiap rumah masih ada, namun lif tidak dapat berfungsi dan kawasan tangga serta lobi gelap pada waktu malam," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan pemilik bimbang dengan keselamatan penuntut terutama golongan wanita lebih-lebih lagi pada waktu malam.

"Mereka terpaksa menaiki tangga, ada yang sampai tingkat 12 dalam keadaan gelap.

"Ibu bapa yang hantar mereka pada pendaftaran semester baru-baru ini juga mengeluh kerana terpaksa menggunakan tangga sambil mengangkat beg," katanya.

Seorang lagi pemilik yang mahu dikenali sebagai Lin berkata, dia terpaksa memulangkan wang deposit kepada penuntut yang menyewa di unitnya kerana masalah terbabit.

"Rugi memang rugi, tetapi kami juga kasihan dengan mereka kerana terpaksa naik tangga setiap hari. Jadi saya minta mereka cari rumah sewa lain yang lebih selesa dan memulangkan deposit.

"Kami sebagai pemilik meminta pihak terbabit seperti pemaju, pihak pengurusan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pesuruhjaya Bangunan (COB) supaya dapat menyelesaikan masalah ini," katanya.

Sementara itu, Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri J Arul Kumar berkata, beliau sudah berjumpa dengan TNB, COB dan pemaju untuk membincangkan masalah berkenaan.

"Saya juga perlu duduk berbincang dengan pemilik untuk mengetahui kedudukan sebenar. Objektif utama adalah memastikan bekalan elektrik dapat disambung kembali dalam masa terdekat.

"Jika keadaan ini berterusan, penyewa akan keluar seorang demi seorang dan tidak mustahil apartment itu akan menjadi bangunan terbiar kelak," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ut-uitm-jadi-mangsa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.761544 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list