View: 494|Reply: 0
|
Mereka ada perwatakan tersendiri - Postecoglou
[Copy link]
|
|
PEMAIN Tottenham meraikan kejayaan selepas mengalahkan Luton. FOTO Reuters
London: Dengan juara Manchester City hanya akan turun beraksi hari ini menentang Arsenal, Tottenham berjaya merampas tempat teratas buat seketika hasil kemenangan 1-0 di Luton walaupun bermain sepanjang separuh masa kedua dengan 10 pemain.
Pelawat kehilangan Yves Bissouma yang dibuang padang pada masa tambahan separuh masa pertama selepas menerima kad kuning kedua.
Pemain pertahanan Belanda, Micky van de Ven menjaringkan gol tunggal permainan pada minit ke-52 apabila dia melakukan tindakan susulan selepas rembatan daripada James Maddison.
Spurs kekal tidak tewas selepas lapan perlawanan liga, dan berada dua mata di hadapan City dan tiga mata di depan Arsenal.
Spurs meraih 20 mata daripada lapan perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan hanya pada 1960-61 mereka melakukannya.
"Banyak perwatakan dan ketabahan, yang ditunjukkan pasukan dalam perlawanan sebelum dan hari ini (semalam)," kata bos Spurs, Ange Postecoglou.
"Kami bermula dengan sangat baik, sepatutnya tiga atau empat gol dapat dijaringkan, tetapi kemudian kami mendapat kad merah dan jenis permainan yang berbeza."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... sendiri-postecoglou |
|
|
|
|
|
|
| |
|