View: 4164|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Kononnya nak beli buah, lelaki didenda RM2,000
[Copy link]
|
|

GAMBAR hiasan
Tampin: Peniaga buah didenda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas memasuki sebuah premis tanpa kebenaran.
Tertuduh, Muhammad Aliff Wahab, 36, dari Gemencheh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memasuki premis terbabit iaitu kebun buah-buahan milik orang lain tanpa kebenaran.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 11.15 pagi semalam dan didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.
Tertuduh juga boleh dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh didapati berada di dalam kebun buah-buahan milik orang lain dan kehadirannya disedari pemilik kebun berkenaan.
Tertuduh kemudiannya ditanya mengapa berada di dalam kebun berkenaan tanpa izin namun tertuduh memberitahu mahu membeli buah-buahan sebelum melarikan diri sebaik mengetahui kehadirannya dirakam oleh pemilik kebun.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... laki-didenda-rm2000 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|