|

YAYASAN Sultanah Rogayah (YSR) yang ditubuhkan dengan ilham Sultan Johor menyampaikan bantuan berjumlah RM79,645 kepada 13 penerima pada Khamis. FOTO Royal Press Office (RPO).
Kuala Lumpur: Yayasan Sultanah Rogayah (YSR) yang ditubuhkan hasil ilham Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menyalurkan sumbangan bernilai RM79,645 kepada 13 penerima dari kalangan masyarakat India.
Pengerusi YSR, Datuk R Sugumaran berkata, pihaknya terus prihatin dari semasa ke semasa menyampaikan pelbagai bantuan kepada golongan memerlukan dalam meringankan beban mereka.
"Seiring dengan hasrat Sultan Johor yang sentiasa dekat dihati rakyat, YSR juga amat memahami permasalahan dihadapi rakyat khususnya masyarakat India," katanya kepada Royal Press Office (RPO).
Beliau berkata demikian selepas Majlis penyampaian sumbangan terbabit di Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, semalam.
Mengulas lanjut katanya, YSR turut menyampaikan sumbangan lebih RM60,000 kepada 17 penerima, Ogos lalu.
"Pada acara Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023, YSR juga menganjurkan pemeriksaan mata secara percuma di empat lokasi.
"Saringan pemeriksaan mata dijalankan membabitkan 430 orang.
"Daripada jumlah itu seramai 56 ada masalah glaukoma, katarak dan retinopati diabetik," katanya.
Beliau berkata, YSR juga menyampaikan bantuan kewangan kepada seorang suri rumah bagi menampung kos implan alat Implantable Cardioverter Defibrillator (ICD) jantung, Jun lalu.
"YSR menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Vasanthi Sepiah yang berusia 58 tahun," katanya.
YSR ditubuhkan pada 23 Mac 2015 sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim bagi membantu masyarakat India dalam aspek kebajikan, usahawan dan pendidikan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-masyarakat-india |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|