ENGLAND membatalkan jaringan Diaz ketika menentang Tottenham. FOTO Agensi
London: Darren England dilapor tidak dibenarkan mengadili perlawanan membabitkan Liverpool seterusnya musim ini tetapi jawatannya masih selamat walaupun membuat kesilapan besar ketika Reds tewas 2-1 di Tottenham.
England dikritik hebat dalam perlawanan di utara London itu minggu lalu selepas membatalkan jaringan Luis Diaz, tindakan yang dianggap oleh PGMOL sebagai kesilapan yang jelas.
Kesilapan itut hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu dengan keberkesanan VAR turut dikritik manakala Jurgen Klopp menegaskan perlawanan perlu diadakan semula.
England sejak itu diketepikan PGMOL untuk perlawanan hujung minggu ini bersama Dan Cook yang menjadi pembantu VAR ketika perlawanan Tottenham menentang Liverpool.
Namun menurut The Telegraph, Ketua Pegawai Pengadil PGMOL Howard Webb tetap pertahankan England dan dia tidak akan dipecat di atas kesilapannya itu.