CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3495|Reply: 0

[Terengganu] Terengganu tubuh Majlis Mineral REE

[Copy link]
Post time 5-10-2023 05:12 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Samsuri Mokhtar. FOTO BERNAMA

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri menubuhkan Majlis Mineral Unsur Nadir Bumi (REE) sebagai platform dalam menangani urusan berkaitan dengan perlombongan industri berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia juga bagi memastikan kedaulatan dan hak Terengganu sebagai pengeluar REE dapat dilindungi dengan sewajarnya demi kepentingan rakyat dan negeri.

Beliau berkata, majlis yang dinaungi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan dipengerusikan oleh beliau itu ditubuhkan hasil keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke-31 pada 20 Oktober 2021.

"Ia juga berperanan dalam menentukan dasar dan hala tuju pembangunan berkaitan REE seperti mengadakan perbincangan royalti dan pembangunan peluang perniagaan, projek dan pembahagian peluang-peluang perniagaan.

"Ia juga membuka peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu selain memberi fokus kepada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada pembangunan modal insan dan ekonomi bagi rakyat negeri ini.

"Selain itu, ia juga berfungsi untuk pengagihan kontrak secara berpusat kepada kontraktor yang berdaftar demi memastikan kesinambungan peluang perniagaan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ahmad Samsuri berkata, unjuran potensi REE dilakukan melalui Kajian NR-REE di Malaysia yang dimulakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) pada 2014 dengan kerjasama daripada Academy Sains Malaysia (ASM).

Beliau berkata, kajian yang dilakukan adalah terhad kepada kawasan luluhawa granit yang terdapat di daerah Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman dengan anggaran keluasan kawasan yang berpotensi adalah seluas 581,735 hektar dan mampu mengeluarkan sebanyak 7,187,500 juta tan.

"Kerajaan negeri sentiasa memandang ke depan dalam perlombongan REE di Terengganu dan mengadakan lawatan bagi kumpulan kerja teknikal juga telah dilakukan ke kawasan perlombongan REE di Gerik, Perak pada Mac lalu bagi melihat aktiviti perlombongan REE secara lebih dekat.

"Lawatan berkaitan REE juga diadakan di Kilang Lynas, Gebeng Kuantan di mana kilang itu memproses REE yang diimport dari negara luar (Australia)," katanya.

Menurut Ahmad Samsuri lagi, kerajaan negeri akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkaitan industri berkenaan.

"Setiap negeri ada kaedah atau SOP bagaimana untuk mengeluarkan bahan REE yang ada di negeri masing-masing.

"Kerajaan pusat melalui Majlis Mineral Negara dan jawatankuasa yang bermesyuarat sebelum ini dengan kabinet Malaysia telah meluluskan SOP secara umumnya untuk mengeluarkan bahan REE daripada negeri masing-masing terutama di kawasan yang tidak membabitkan hutan simpan kekal (HSK).

"Ada pun berkenaan dengan HSK, saya dimaklumkan dalam mesyuarat itu (ia) memerlukan penelitian yang lebih lagi daripada pihak jawatankuasa yang merangka SOP itu dan ia akan makan masa," katanya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan kerajaan negeri kini dibenarkan membuat penerokaan awal unsur nadir bumi (REE) berdasarkan SOP sedia ada untuk perlombongan nadir bumi dan mineral.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) yang berlangsung kelmarin.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -majlis-mineral-ree

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.097053 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list