View: 3438|Reply: 0
|
Yamal ke tandas, gagal kembali ke padang
[Copy link]
|
|
Penyerang Barcelona, Lamine Yamal (kiri) bersaing merebut bola dengan pemain FC Porto, Wenderson Galeno pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Dragao, Porto awal pagi tadi. – Foto AFP
PORTO, Portugal: Pemain sensasi Barcelona, Lamine Yamal meraikan satu malam bersejarah buatnya namun terlepas beberapa minit daripadanya kerana terpaksa keluar untuk ke tandas.
Yamal melakukan penampilan sulung penuh Liga Juara-Juara bersama kelab gergasi Sepanyol itu ketika menentang FC Porto awal pagi tadi.
Pada usia 16 tahun dan 83 hari, ia menjadikannya pemain paling muda pernah memulakan aksi Liga Juara-Juara, mengatasi rekod Celestine Babayaro pada musim 1994-95.
Bagaimanapun ketika Barca mendahului 1-0 menerusi jaringan Ferran Torres pada masa kecederaan babak pertama, Yamal mengambil peluang untuk menuju ke bilik persalinan pada pertengahan perlawanan itu.
Pada minit ke-71, pemain remaja itu meninggalkan padang untuk pergi ke tandas.
Namun Yamal tidak kembali ke padang dan dia terpaksa digantikan pada minit ke-80 ketika Barca beraksi dengan hanya 10 pemain bagi hampir 10 minit.
Pengurus Xavi Hernandez menjelaskan apa yang berlaku terhadap pemain remaja itu selepas perlawanan.
Penyerang Barcelona, Ferran Torres (kiri) meraikan gol bersama Ilkay Gundogan pada aksi Liga Juara-Juara menentang FC Porto di Stadium Dragao, Porto awal pagi tadi. – Foto AFP
"Lamine Yamal berasa tidak sihat. Dia memberitahu saya ketika perlawanan tadi.
"Saya mengambil kesempatan ketika perlawanan dihentikan untuk memberitahunya supaya segera ke tandas tetapi akhirnya mereka memberitahu saya dia tidak boleh kembali ke padang."
Kelab La Liga itu berjaya memenangi perlawanan itu sekalipun Gavi dibuang padang pada masa kecederaan.
Dengan kemenangan itu, Barcelona mengungguli Kumpulan H dengan enam mata selepas dua perlawanan. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... l-kembali-ke-padang
|
|
|
|
|
|
|
| |
|