CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3060|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tiada penebangan hutan secara haram di Hutan Simpan Gala - Aminuddin

[Copy link]
Post time 5-10-2023 12:14 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada sidang media di Seremban hari ini. NSTP/Mohd Amin Jalil

SEREMBAN: Kerajaan negeri menafikan berlaku aktiviti penebangan hutan secara haram dan berleluasa di dalam kawasan Hutan Simpan Gala berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Mahang, Nilai, dekat sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata pembalakan yang berlaku di situ ketika ini bukan aktiviti haram tetapi diberikan lesen pada 2019.

Katanya, itu adalah kawasan yang telah diberikan lesen dan penebangan pokok dilakukan secara terpilih, terhad dan terkawal iaitu pokok yang sudah matang untuk keluarkan hasil, bukannya menebang keseluruhan pokok.

"Aduan berkaitan penduduk Orang Asli kampung itu adalah berkaitan jalan lama bagi membawa keluar hasil balak dan bukannya aktiviti pembalakan haram.


"Malah, laluan dan lokasi aktiviti itu jauh dari penempatan penduduk kampung Orang Asli terbabit," katanya di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan penduduk Orang Asli Kampung Sungai Mahang Nilai yang menyifatkan aktiviti pembalakan berhampiran kawasan itu telah memberi kesan kepada komuniti kampung terbabit.

Aminuddin berkata, sebelum aktiviti pembalakan itu dilaksanakan, perbincangan sudah dibuat di antara Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS), penduduk kampung Orang Asli dan pemilik lesen.

"Pada peringkat awal perbincangan mereka telah bersetuju, namun jika ada masalah berbangkit, kita sudah minta Jabatan Hutan untuk meneliti semula, memantau aktiviti sama ada melanggar kawasan dan sebagainya.

"Tetapi setakat ini tiada laporan diterima berkaitan pelanggaran kawasan atau apa juga yang menjejaskan kepentingan penduduk kampung berkenaan.

"Bagaimanapun, saya sudah mengarahkan Jabatan Hutan terus memantau aktiviti pembalakan itu dan mengambil langkah meminimakan segala permasalahan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar juga berkata pihaknya akan mendapatkan laporan daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri berhubung kebimbangan penduduk terhadap ancaman harimau kumbang.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan mengenai 13 ekor harimau kumbang ditangkap tahun ini terutama membabitkan kawasan di Kuala Pilah dan Rembau.
https://www.bharian.com.my/berit ... mpan-gala-aminuddin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.043843 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list