CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1505|Reply: 0

[Johor] Adik tak mengaku sebabkan abang cedera parah

[Copy link]
Post time 5-10-2023 11:38 AM | Show all posts |Read mode

AZMI dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas abangnya. FOTO Izz Laily Hussein.

Johor Bahru: Seorang tukang kebun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas abangnya dengan menggunakan parang, minggu lalu.

Tertuduh, Azmi M Taib, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim VM Mabel Sheela.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Sazali M Taib, 55, yang juga abang kandungnya dengan menggunakan sebilah parang panjang yang mana ia satu senjata yang boleh menyebabkan kematian jika digunakan dengan salah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di hadapan sebuah rumah di Parit Buloh Cina, Parit Sikom, Kayu Ara Pasong dekat Pontian, kira-kira jam 4 petang, 29 September lalu.

Bapa kepada empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan serta dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Diyana Zubir sebelum itu memaklumkan tiada sebarang jaminan ditawarkan memandangkan perbuatan tertuduh adalah di bawah kesalahan tidak boleh dijamin.

Namun, beliau menyerahkan kepada budi bicara mahkamah sekiranya ingin membenarkan jaminan dengan mencadangkan jumlah ikat jamin sebanyak RM15,000 serta tiga syarat tambahan.

Peguam Muhammad Faizzudin Abd Ra'fik yang mewakili tertuduh kemudian memohon jumlah jaminan yang lebih rendah atas alasan anak guamnya hanya berpendapatan RM2,000 sebulan dan menanggung isteri serta anak.

"Tertuduh turut mempunyai masalah kesihatan iaitu penyakit gout," katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sekiranya ada dan dilarang mengganggu mangsa.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 6 November depan.

Difahamkan, mangsa parah ditetak dengan parang oleh adiknya di bahagian kepala dan kedua belah tangannya.

Akibat kejadian itu, tangan kiri mangsa yang hampir putus kemudian terpaksa dipotong kerana kecederaan serius.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -abang-cedera-parah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.042401 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list