View: 1830|Reply: 0
|
[Johor]
4 cedera langgar tapir melintas jalan
[Copy link]
|
|

TIGA penunggang dan seorang pembonceng motosikal cedera selepas terlanggar seekor tapir yang melintas jalan. FOTO tular
Kluang: Tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal cedera selepas terlanggar seekor tapir yang melintas di Kilometer (KM) 79 Jalan Kota Tinggi - Kluang, di sini, jam 8.30 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, akibat kemalangan itu, tapir turut mati di tempat kejadian.
"Ketiga-tiga penunggang motosikal dari Taman Seri Impian menghala ke arah bulatan Taman Seri Lambak (T6) melanggar seekor tapir yang cuba melintas ke kanan jalan.
"Akibat daripada itu, semua mangsa berusia 19 hingga 57 tahun mengalami kecederaan di bahu, tangan dan kaki serta dikejarkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang dengan bantuan ambulans," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu-Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Aminuddin Jamin berkata, pihaknya akan menyiasat kes berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... apir-melintas-jalan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|