|
FERNANDES beraksi 6,666 minit dalam 72 penampilan untuk kelab dan negara, tahun lalu. FOTO FAIL REUTERS
London: Kapten Manchester United, Bruno Fernandes bermain bola sepak paling banyak dalam kalangan pemain elit pada tahun lalu, umum Kesatuan Pemain Global (FIFPRO), hari ini.
Fernandes, 29, bermain 6,666 minit dalam 72 penampilan antara 15 September 2022 dan 15 September 2023 bagi Portugal dan Manchester United.
Menurut FIFPRO, pemain tengah itu bermain 29,486 minit sejak berakhirnya Piala Dunia 2018 di Rusia.
Aitana Bonmati dari Barcelona membuat penampilan terbanyak bagi pemain wanita sejak Julai 2018 membabitkan 242 perlawanan.
Sehubungan itu, FIFPRO memberi amaran berhubung beban berlebihan dihadapi pemain bola sepak profesional.
"Beban kerja berlebihan antara isu penting bagi pemain dalam kejohanan elit," kata Presiden FIFPRO, David Aganzo, September lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... 66-minit-tahun-lalu
|
|