CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3500|Reply: 5

Jangan Jadi Mangsa Scam, Mahkamah Tidak Pernah Suruh Bayar Saman Kepada Pihak Ke-3

[Copy link]
Post time 4-10-2023 02:20 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Jangan mudah percaya kalau terima panggilan daripada mahkamah yang memerintahkan untuk membayar jumlah saman tertentu kepada mana-mana agensi.


Menerusi perkongsian peguam, Hafiz Baharuddin di akaun TikTok @lawyersresponse, panggilan tersebut kemungkinan besar merupakan satu bentuk ‘scam’.








“Baru-baru ini ada sahabat kita yang bertanya, dia ada mendapat satu mesej daripada mahkamah mengatakan bahawa ada saman yang telah didaftarkan di atas namanya.


“Kononnya, mahkamah memerintahkan orang tersebut membayar saman kepada agensi yang telah dilantik oleh mahkamah untuk mengutip wang,” katanya.


Tambah Hafiz, panggilan sebegini terang-terangan adalah ‘scam’ semata-mata kerana mahkamah tidak akan mengutip duit melalui mana-mana syarikat awam atau agensi kerajaan lain.





“Sekiranya ada bayaran kepada mahkamah, anda akan diperintahkan untuk bayar melalui sistem mahkamah.


“Jika ada perintah daripada mahkamah yang meminta anda membayar kepada orang yang menuntut hutang, mahkamah akan sediakan satu perintah yang ada tertera nombor kes beserta nama mahkamah yang mengeluarkan perintah tersebut,” katanya.


Jelasnya, dengan perintah tersebut, orang ramai boleh buat pertanyaan terus kepada pihak mahkamah berkenaan kesahihan saman tersebut.


“Anda boleh telefon mahkamah dan minta untuk periksa kes tersebut. Kemudian, sebutkan nombor kes untuk diperiksa.


“Sekiranya mahkamah mendapati tidak sebarang kes, maksudnya panggilan yang diterima tadi adalah ‘scam’ semata-mata,” katanya.


Nasihatnya, elakkan terlalu percaya dengan sebarang panggilan telefon yang meminta untuk membayar saman terutamanya kepada pihak ketiga.


“Periksa dulu, jangan terus beri duit kepada ‘scammer’ tersebut. Susah nak dapat balik,” pesannya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2023 02:25 PM | Show all posts
Mengikut kajian acik2 yg kerja cikgu majoriti yg selalu kene scam..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka no hal scammer kol kaka. Kaka hamun je balik. 1st, pretend to be innocent pehtu siap aaa ko!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa pun pesanan ,arahan , watsapp dr phk yg kita tak jangka, abaikan saje.....tak kesah la pdrm, mahkamah, sprm , imi, kastam.Baca pun tak perlu, blok je terus
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka bila scammer call acah2 nak suruh naik court bagai. Aku buat dorang macam therapist free gitu. Aku luahkan semua benda yg buat aku hangin haritu.. kadang2 acah2 macam paris hilton, kadang2 buat2 gelabah nangis2. Sampai satu tahap dorang akan mencarut sebab bengang
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 05:07 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.499814 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list