CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3437|Reply: 0

[Johor] Empat sekeluarga dilapor hilang sudah pulang ke Kluang

[Copy link]
Post time 3-10-2023 04:34 PM | Show all posts |Read mode

Foto tular memaparkan seorang wanita, lelaki dan dua kanak-kanak yang dipercayai dilaporkan hilang sedang menjamu selera di sebuah restoran.

KLUANG: "Alhamdulillah... ibu mentua, adik ipar lelaki dan dua anak saya selamat dijumpai".

Rasa lega itu diluahkan pemilik akaun Facebook menggunakan nama Ah Pek yang dipercayai waris sebuah keluarga yang dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi sewaktu bercuti di Pulau Perhentian di Terengganu, hujung minggu lalu.

Dalam hantaran dimuat naik kira-kira jam 3 petang tadi, Ah Pek turut mengucapkan penghargaan kepada pihak berkuasa dan orang ramai sehingga berjaya menjejaki keluarganya itu.

"Terima kasih kepada semua rakan, pihak polis dan semua yang terlibat membantu kes ini sehingga selesai. Sekarang saya masih dalam perjalanan dari Terengganu menuju pulang ke Kluang untuk tarik laporan (polis). Kes sudah selesai.



"Tanpa bantuan anda, siapalah saya. Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih bagi semua yang membantu, mendoakan, menyampaikan. Semoga tuhan membalas jasa baik dan niat murni tuan-tuan semua. Alhamdulilah syukur," katanya.

Terdahulu, media melaporkan empat sekeluarga, iaitu seorang wanita, anak lelaki dan dua cucunya dikhuatiri hilang kerana gagal dihubungi selepas bercuti di Pulau Perhentian pada hujung minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, berkata wanita itu dikenali sebagai Suraidah Abdul Ghani, 52, dari Kluang, Johor dan ahli keluarga dikesan keluar dari pulau peranginan itu.

Bagaimanapun, katanya, ahli keluarga tidak dapat menghubungi Suraidah atau anaknya, Mohamad Aiman Mohd Rafee, 21, serta dua cucu, Sasa Alesha, 7, dan Ahmad Dhani Mohd Saiful, 4, sejak Sabtu lalu.

Sementara itu, seorang pemilik restoran di Kluang yakin remaja lelaki yang datang bersama keluarganya untuk menjamu selera kira-kira 1 petang tadi adalah individu dilaporkan hilang.

Sulastri Kasiman, 40, berkata dia yakin kerana remaja lelaki itu satu-satunya pelanggan yang memiliki rambut 'terang' dalam beratus pelanggannya hari ini.

Katanya, remaja berkenaan memakai baju T berwarna kuning cair dan mempunyai fizikal yang kurus dan tinggi.

"Ketika dia tanya saya di mana nak ambil air minuman, saya hanya tunjuk ke arah kaunter air dan dalam hati mengatakan 'terangnya' warna rambut adik ini.

"Pada masa sama, ada pelanggan lain di hadapan kaunter pembayaran mengambil gambar keluarga itu dari jauh. Saya hairan kenapa mereka berbuat demikian tetapi berfikir mungkin itu rakan mereka," katanya.

Sulastri berkata, dia hanya menyedari keluarga berkenaan yang dilaporkan hilang selepas dimaklumkan pelanggannya.

"Mula-mula saya tak pasti tetapi setelah ditunjukkan gambar dan video keluarga lelaki itu, saya yakin remaja berambut perang itu salah seorang yang dilaporkan hilang," katanya.

Dalam pada itu, tular gambar memaparkan sebuah Proton Saga bewarna biru cair bernombor plat JRW 6380 yang diparkir di tepi restoran berkenaan sejak tengah hari tadi.

Turut tular gambar memaparkan seorang wanita, remaja lelaki dan dua kanak-kanak yang sedang menjamu selera di restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata pihaknya tidak menerima laporan berhubung kehilangan itu namun laporannya sudah dibuat di Terengganu.
https://www.bharian.com.my/berit ... ah-pulang-ke-kluang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.045078 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list