View: 538|Reply: 0
|
Liverpool didenda RM142,000 kerana 'tidak berdisiplin'
[Copy link]
|
|
Penyerang Liverpool, Diogo Jota (kanan) menerima kad kuning daripada pengadil Simon Hooper pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham di London, Sabtu lalu. – Foto premierleague.com
LONDON: Liverpool didenda £25,000 (RM142,000) oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris kerana 'tidak berdisiplin' ketika kalah 2-1 di tangan Tottenham Hotspur hujung minggu lalu.
The Reds mengakhiri perlawanan itu dengan sembilan pemain selepas Curtis Jones dan Diogo Jota dibuang padang - tetapi gol kontroversi Luis Diaz yang tidak disahkan ternyata menjadi bualan hangat.
Penyerang Liverpool itu secara silap dianggap ofsaid selepas satu 'kesilapan ketara manusia' diperakui oleh PGMOL Sabtu lalu.
Liverpool membalas dengan satu kenyataan kelmarin dengan menyatakan kegagalan PGMOL menyebabkan 'integriti sukan terjejas.'
Kini difahamkan Liverpool akan didenda berikutan menerima lapan kad pada perlawanan itu, menurut Liverpool Echo.
Kapten Liverpool, Virgil van Dijk dan pemain pertahanan Andy Robertson turut dilayangkan kad kuning ketika menentang Spurs Sabtu lalu. – Foto premierleague.com
Di bawah peraturan FA, mana-mana kelab yang menerima enam atau lebih amaran atau pembuangan padang, termasuk kawasan tepi padang akan dikenakan denda.
Selain Jones dan Jota yang menerima kad merah - Alexis Mac Allister, Mohamed Salah, Andy Robertson dan Virgil Van Dijk semuanya dilayangkan kad kuning bersama penolong pengurus Peter Krawietz.
Memandangkan hukuman penalti kewangan automatik, tiada pertuduhan untuk dijawab dan dilaporkan tidak akan ada sebarang kenyataan daripada FA.
Ketika Tottenham hanya menerima lima kad secara keseluruhan, mereka tidak akan didenda.
Masih belum dapat dipastikan sama ada Mac Allister akan didenda kerana komennya terhadap hantaran Cristian Romero di media sosial apabila dia menulis Tottenham beraksi dengan '12 pemain' termasuk bantuan pengadil. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-tidak-berdisiplin |
|
|
|
|
|
|
| |
|