CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 539|Reply: 0

Chelsea akhiri kemarau gol

[Copy link]
Post time 3-10-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode

Pemain sayap Chelsea, Mykhailo Mudryk (kanan) menyumbat gol pertama pasukannya menentang Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage, London awal pagi tadi. – Foto REUTERS

LONDON: Chelsea akhirnya menemui jaringan apabila mereka menang 2-0 di kelab jiran tetangga Fulham dalam Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi dengan Mykhailo Mudryk menjaringkan gol sulungnya buat The Blues dan Armando Broja turut menemui sasaran ketika dia meraikan kepulangannya daripada kecederaan.

Pasukan berwajah baharu kendalian Mauricio Pochettino gagal menyumbat gol dalam tiga perlawanan terakhir liga dan hanya mengumpul lima gol dalam enam perlawanan liga utama musim ini sebelum kunjungan mereka ke Craven Cottage.

Bagaimanapun, dalam tempoh dua minit pada babak pertama mereka menguasai pertembungan jiran tetangga barat London itu.

Pada minit ke-18, pemain sayap Ukraine, Mudryk mendada hantaran silang daripada Levi Colwill dan meledak masuk melepasi penjaga gol Bernd Leno sebelum kesilapan pertahanan tuan rumah membolehkan Broja menggandakan pendahuluan seminit kemudian.



Ia gol pertama Mudryk sejak menyertai Chelsea sembilan bulan lalu manakala Broja - menggantikan Nicolas Jackson yang digantung perlawanan - melakukan penampilan pertamanya sejak mengalami kecederaan lutut pada hujung tahun 2022.


Penyerang Chelsea, Armando Broja (kiri) meraikan gol kedua berdepan Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage, London awal pagi tadi. – Foto REUTERS

"Ia satu perasaan yang sukar digambarkan. Sudah terlalu lama saya menunggu saat ini," kata Broja kepada talkSPORT mengenai golnya.

"Kami kini serasi sebagai satu pasukan. Ia tidak mampu berlaku semalaman... Ia penting buat kami untuk mempunyai masa dan terus meningkat sebagai satu pasukan."

Ian Maatsen - yang hadir dari bangku simpanan ketika rehat selepas Mudryk mengalami kecederaan - hampir menjadikan kedudukan 3-0 buat Chelsea apabila percubaannya terkena palang pada minit ke-62 dengan pelawat merakam kemenangan kedua mereka dalam liga musim ini.

Keputusan itu melonjakkan Chelsea ke tangga ke-11 dengan lapan mata, mengatasi Fulham, yang berada di tangga ke-13 menerusi perbezaan jaringan.

"Persembahan mereka fantastik - terlalu banyak perkara bagus, perkara yang amat positif. Kami perlu terus bekerja, terus percaya," kata Pochettino yang jelas lega.



Penyerang Chelsea, Armando Broja (kanan) meraikan jaringannya bersama Enzo Fernandez, Marc Cucurella, Moises Caicedo dan Cole Palmer pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Fulham di Craven Cottage, London awal pagi tadi. – Foto REUTERS

"Keyakinan ada di sana... dan pasukan hari ini akhirnya mendapat apa yang kami mahukan. Kini kami perlu bekerja lebih keras dan mencari jalan penyelesaian lebih baik."

Pochettino menolak kebimbangan Broja, Moises Caicedo dan Enzo Fernandez mungkin mengalami kecederaan baharu - dengan beberapa pemain utamanya turut diketepikan - tetapi berkata Mudryk mengalami masalah di paha pada hujung babak pertama.

Jurulatih Fulham, Marco Silva mengeluh apa yang dianggapnya gol mudah yang dilepaskan pasukannya kepada pelawat.

"Ia mencipta senario amat sukar buat kami dan sesuatu yang sempurna buat Chelsea," katanya.

Pengendali dari Portugal itu menafikan dakwaan pasukannya amat terasa kehilangan penyerang Serbia, Aleksandar Mitrovic, yang menyertai kelab Arab Saudi, Al-Hilal Ogos lalu, menyatakan beliau hanya menumpukan kepada pemain semasanya. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... -akhiri-kemarau-gol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 1.520936 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list