CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 557|Reply: 0

Gara-gara patung, Al-Ittihad enggan bermain

[Copy link]
Post time 3-10-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode

Patung Jeneral Qasem Soleimani yang diletakkan di laluan masuk ke padang di Stadium Naghsh-e Jahan, Isfahan sehingga menyebabkan kelab Arab Saudi, Al-Ittihad enggan bermain aksi Liga Juara-Juara Asia awal pagi tadi. – Foto AGENSI

ISFAHAN, Iran: Aksi Al-Ittihad menentang kelab Iran, Sepahan dalam Liga Juara-Juara Asia dibatalkan awal pagi tadi selepas kelab Arab Saudi itu enggan meninggalkan bilik persalinan mereka kerana patung jeneral Iran yang dibunuh diletakkan di laluan masuk ke padang.

Perlawanan itu ditangguhkan oleh pegawai di Stadium Naghsh-e Jahan di Isfahan, bila mana sekitar 60,000 peminat hadir untuk menyaksikan Sepahan berdepan Al-Ittihad yang menampilkan bekas bintang Liga Perdana Inggeris termasuk N'Golo Kante dan Fabinho.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berkata, perlawanan itu "dibatalkan kerana keadaan yang tidak dijangka dan tidak dapat dielakkan."

"AFC mengulangi komitmen bagi memastikan keselamatan pemain, pegawai perlawanan, penonton dan semua pihak berkepentingan yang terbabit," kata badan induk bola sepak Asia itu dalam satu kenyataan.



"Perkara ini kini akan dirujuk kepada jawatankuasa berkaitan."



Pemain Al-Ittihad, N’Golo Kante tiba di Stadium Naghsh-e Jahan di Isfahan untuk menentang Sepahan dalam aksi Liga Juara-Juara Asia. – Foto Twitter Ittihad Club

Qasem Soleimani, seorang jeneral terkemuka Iran, terbunuh berhampiran lapangan terbang Baghdad dalam serangan dron Amerika Syarikat pada Januari 2020 dan dianggap sebagai mati syahid oleh rejim pemerintah negara itu.

Gambar dari stadium yang disiarkan di media sosial menyaksikan patung Soleimani diletakkan di laluan masuk ke padang dan boleh dilihat oleh pemain ketika mereka keluar dari terowong.

Hubungan antara Iran dan Arab Saudi sudah lama tegang dan Liga Juara-Juara Asia tahun ini adalah yang pertama sejak tahun 2016 kelab dari kedua-dua negara dibenar untuk bermain di tempat sendiri dan di tempat lawan.

Perlawanan antara kelab dari kedua-dua negara sebelum ini dilangsungkan di gelanggang berkecuali kerana faktor keselamatan.

Cristiano Ronaldo mengetuai pasukan Al-Nassr ke Tehran dua minggu lalu untuk menentang Persepolis di Stadium Azadi, walaupun permainan itu dimainkan di stadium kosong kerana larangan satu perlawanan terhadap penonton kelab Iran oleh AFC kerana kesalahan salah laku peminat. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ihad-enggan-bermain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 1.510751 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list