CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16724|Reply: 0

[Pulau Pinang] Baik pulih SK Permatang Tok Kandu perlu disegerakan - PM

[Copy link]
Post time 1-10-2023 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Baik pulih SK Permatang Tok Kandu perlu disegerakan - PM


Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]



Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar taklimat mengenai insiden kebakaran yang memusnahkan lima bilik darjah di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Kandu di sini, hari ini. FOTO AMINAH YUSOF




Permatang Pauh: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerja membaik pulih tingkat atas bangunan empat tingkat Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang To' Kandu di sini yang terbakar pada 22 September lalu disegerakan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan sudah mendengar taklimat daripada wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kos keseluruhan untuk memperbaiki struktur yang terjejas dijangka mencecah RM1.9 juta.

"Jumlah awal dana belum dihitungkan tetapi sekitar RM1.9 juta. Sebaiknya kerja baik pulih siap dilakukan dalam tempoh seminggu atau dua minggu ini supaya boleh beroperasi semula secepat mungkin.

"Jadi kita arahkan disegerakan menerusi proses tender terhad supaya kerja baik pulih dapat dipercepatkan," katanya kepada pemberita selepas melawat SKPermatang To' Kandu, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Anwar berkata, JKR sudah menyiapkan laporan awal struktur terjejas bertujuan menyegerakan kelulusan dana kecil bagi kerja pembersihan di lokasi terjejas.

"Dana kecil berkenaan dikeluarkan untuk pembersihan dan juga pembinaan tembok atau penghadang untuk keselamatan anak-anak kalau ada serpihan dan sebagainya," katanya.

Anwar berkata beliau turut mengambil maklum kesulitan murid membabitkan dua sesi persekolahan dalam keadaan sekolah yang sesak.

"Saya sudah bagi tahu guru besar tadi kalau laporan JKR siap minggu depan, minggu depan kita jangka kerja baik pulih beroperasi kita nak buat 'fast track' makna tidak terus tender biasa. Ia tender terhad yang akan dipercepatkan supaya tidak ganggu pelajaran," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kebakaran membabitkan lima kelas yang mana tiga daripadanya musnah 100 peratus dijilat api, manakala dua kelas lagi terbakar 40 peratus.



Disiarkan pada: Oktober 1, 2023 @ 5:32pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.216461 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list