CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5561|Reply: 0

[Perlis] Jururawat dibunuh suami: 'Tak syak apa-apa kejadian buruk berlaku'

[Copy link]
Post time 1-10-2023 04:21 PM | Show all posts |Read mode

HASNAH ketika ditemui di kediamannya di Kampung Kubang Gajah, Arau. FOTO Aizat Sharif

Arau: "Mak cik terkejut juga apabila suaminya menghantar anak kepada mak cik awal pagi dan berlalu tanpa sebarang kata," kata Hasnah Yahya, 63.

Hasnah adalah pengasuh dua anak lelaki kepada jururawat, Munirah Abu Bakar, 31, yang maut ditikam suaminya dengan pisau di kediaman mereka di Padang Nyu, di sini semalam.

Menurutnya, bapa kepada kanak-kanak yang masing-masing berusia enam dan lapan tahun itu hanya berada dalam kereta dan tidak pun turun untuk menghantar anak mereka ke pintu rumahnya.

"Lazimnya jika Sabtu, bapa (suspek) kanak-kanak itu akan menghantar anak mereka ke rumah mak cik sekitar 9 pagi, namun semalam sekitar 7 pagi kanak-kanak itu sudah pun berada di laman rumah mak cik.

"Saya pun tidak sempat hendak menanyakan sebab mengapa kanak-kanak itu dihantar begitu awal dan tidaklah mengesyaki sebarang kejadian buruk berlaku," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Kubang Gajah, di sini hari ini.

Hasnah berkata, dia sepatutnya bercuti semalam tetapi kerana sayangkan kedua-dua adik-beradik itu, dia pun tetap mengasuh mereka.

"Jadi kedua-dua adik-beradik itu pun bermain seperti hari biasa sehinggalah 1 tengah hari semalam apabila mak cik menerima panggilan telefon daripada polis Ibu yang bertanyakan mengenai keberadaan kanak-kanak itu.

"Mak cik mula curiga apabila pegawai berkenaan menyuruh mak cik ke Balai Polis Arau dan polis datang ke rumah untuk mengambil kanak-kanak itu bagi diserahkan kepada waris ibu mereka dan barulah mak cik tahu ibu mereka, Mun (Munirah) terbunuh ditikam bapa mereka," katanya.

Hasnah berkata, apa yang menyedihkan adalah sehingga kini kanak-kanak itu masih tidak mengetahui apa yang sudah berlaku.

Sementara itu, jenazah Munirah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Tengah, Beseri, Padang Besar selepas Asar apabila proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selesai.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adian-buruk-berlaku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.089069 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list